Zakir Naik disoal siasat Bukit Aman lagi

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penceramah terkenal itu akan dipanggil semula berhubung dua kenyataannya yang dipercayai boleh mendatangkan khianat awam di media sosial. Sumber (gambar): The Sun Daily

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam 3 petang tadi.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam 3 petang tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penceramah terkenal itu akan dipanggil semula berhubung dua kenyataannya yang dipercayai boleh mendatangkan khianat awam di media sosial.




Dr Zakir dalam salah satu ceramahnya mendakwa penganut Hindu di Malaysia tidak menyokong perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menyokong Perdana Menteri India, Marendra Modi.

Polis juga telah menerima laporan mengenai kenyataan Dr Zakir meminta kaum Cina keluar dari negara ini.

Beliau bagaimanapun mendakwa beberapa kenyataannya telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.

Menurut Huzir, bagi kedua-dua kes ini, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan Dr Zakir naik pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) bermula dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.

“Prosedur tersebut akan disambung semula pada 19 Ogos 2018 jam 3.00 petang memandangkan pendakwah antarabangsa itu memohon penangguhan untuk berbuka puasa,” katanya Huzir dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...