Zakir Naik disoal siasat lima jam di Bukit Aman

Polis memaklumkan menerima 115 laporan polis berkaitan Zakir dan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Sumber (gambar): Fail TTF

Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dilihat meninggalkan Bukit Aman, di sini, jam 8.15 malam tadi selepas lima jam memberi keterangan kepada polis dipercayai berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kelantan, baru-baru ini.

Difahamkan, beliau tiba di Bukit Aman selepas solat Jumaat untuk diambil keterangan oleh Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5).

Dr Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Kelmarin, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini.


KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik dilihat meninggalkan Bukit Aman, di sini, jam 8.15 malam tadi selepas lima jam memberi keterangan kepada polis dipercayai berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman di Kelantan, baru-baru ini.

Beliau yang berpakaian serba putih dan berkopiah menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova berwarna hitam tetapi tidak memberi maklum balas kepada media yang menunggunya sejak jam 3 petang.




Difahamkan, beliau tiba di Bukit Aman selepas solat Jumaat untuk diambil keterangan oleh Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5).

Setakat ini, masih tiada sebarang pengesahan mahu pun kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung kehadiran Zakir ke Bukit Aman.

Pendakwah itu dikatakan memberikan kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina di negara ini sebagai kenyataan balas kepada pihak yang mengarahkannya supaya keluar dari Malaysia.

Dr Zakir dalam satu syarahan di Kelantan, Khamis lalu, juga didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan penganut Hindu di negara ini lebih percaya kepada Perdana Menteri di India berbanding Tun Dr Mahathir.

Kelmarin, dua menteri Kabinet iaitu Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran juga mahu Zakir tidak lagi dibenarkan mengadakan ceramah serta mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat hubungan kaum dan ketenteraman awam di negara ini.

Polis juga memaklumkan menerima 115 laporan polis berkaitan Zakir dan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...