Zakwan: Malaysia negara pertama di dunia perkenalkan “Artificially Intelligent Super Drone”

Menurut Dato’ Seri Zakwanhafiz, selain pihak berkuasa, bagi pemangkin kepada pelancongan negara, super dron ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk kegunaan di pulau-pulau pelancongan di seluruh Malaysia. Sumber (gambar): TTF

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan EastCap Berhad, Dato’ Seri Zakwanhafiz Haji Ahmad Ansari, Syarikat EastCap Berhad telah menjalinkan usahasama dengan syarikat dari China iaitu, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited bagi memperkenalkan Super Dron dengan Kepintaran Buatan (AI) sebagai revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.

“Teknologi dron dengan kepintaran buatan (AI) ini sesuai digunakan pihak berkuasa dalam membuat pemantauan keselamatan di kawasan sempadan negara contohnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya.

Kerjasama strategik ini juga di antara EastCap Berhad dengan EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited adalah untuk memasarkan super dron berkenaan bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.

Selepas Malaysia, pihak syarikat juga mensasarkan pasaran di Indonesia bagi sektor pengangkutan di kawasan pulau-pulau di seluruh negara jiran itu tidak terhad kepada penumpang sahaja bahkan untuk membawa barangan.


KUALA LUMPUR: Syarikat EastCap Berhad telah menjalinkan usahasama dengan syarikat dari China iaitu, EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited bagi memperkenalkan Super Dron dengan Kepintaran Buatan (AI) sebagai revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan EastCap Berhad, Dato’ Seri Zakwanhafiz Haji Ahmad Ansari, usaha itu merupakan satu kerjasama strategik di antara syarikat tempatan dengan dua syarikat gergasi itu bagi memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaran super dron itu di negara ini.




Dengan menggunakan teknologi Kepintaran Buatan (AI), kereta terbang ini yang bakal diperkenalkan tahun ini untuk kegunaan pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan di Malaysia.

“Teknologi dron dengan kepintaran buatan (AI) ini sesuai digunakan pihak berkuasa dalam membuat pemantauan keselamatan di kawasan sempadan negara contohnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya.

Pengenalan super dron di negara ini bukan untuk kegunaan pengangkutan awam, sebaliknya ia dicadangkan kepada pihak berkepentingan khususnya kerajaan dan pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Kesemalatan Negara (MKN).

Dato’ Seri Zakwanhafiz juga berkata, selain pihak berkuasa, bagi pemangkin kepada pelancongan negara, super dron ini boleh digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk kegunaan di pulau-pulau pelancongan di seluruh Malaysia.

Katanya, sekiranya Kerajaan Malaysia boleh memberikan insentif dan tawaran yang menarik, pihaknya tidak menolak untuk membina kilang pemasangan super dron berkenaan di Malaysia dengan kadar pengeluaran 10,000 unit setahun.

Jelasnya, super dron ini telah terbukti mampu menjimatkan kos, mesra pengguna dan boleh menyelesaikan masalah mobiliti khususnya di kawasan bandar sekiranya berlaku kecemasan dan memudahkan pemantauan tanpa kesesakan.

Ini kerana keupayaan super dron ini boleh melakukan penerbangan bagi ketinggian 300 meter dengan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam dengan jarak bagi kapasiti bateri adalah sejauh 110 kilometer.

Loading...

Selain itu, katanya, berdasarkan kajian yang dilakukan pihaknya, super dron ini berupaya membawa maksimum dua orang penumpang dengan maksimum kapasiti 600 kilogram dalam satu-satu masa.

Bagi tujuan pelancongan, super dron ini boleh membawa penumpang di antara pulau- pulau pelancongan dengan kos serendah RM80.00 untuk satu perjalanan.

Kerjasama strategik ini juga di antara EastCap Berhad dengan EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited adalah untuk memasarkan super dron berkenaan bukan sahaja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.

Selepas Malaysia, pihak syarikat juga mensasarkan pasaran di Indonesia bagi sektor pengangkutan di kawasan pulau-pulau di seluruh negara jiran itu tidak terhad kepada penumpang sahaja bahkan untuk membawa barangan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...