Zeti: Tuduhan terhadap saya berniat jahat, polis sudah diberi semua maklumat

Zeti berkata, beliau sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sumber (gambar): Fail TTF

زيتي: تودوهن ترهادڤ ساي برنية جاهت، ڤوليس سوده دبري سموا معلومت

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB. 

“Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Zeti dalam kenyataan ringkasnya, malam tadi.

“Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.


KUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan dakwaan bahawa keluarganya terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya memerhatikan dengan kebimbangan apabila melihat banyak laporan media yang tidak benar mengaitkan saya dan keluarga saya dengan 1MDB.




“Isu berkaitan 1MDB telah disiasat sepenuhnya oleh pihak berwajib seperti BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata Zeti dalam kenyataan ringkasnya, malam tadi.

Zeti berkata, beliau sudah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menyerahkan kesemua maklumat yang diperlukan kepada PDRM serta SPRM berhubung siasatan rasmi berkenaan 1MDB dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zeti bagaimanapun tidak dapat mengulas sebarang kenyataan lanjut memandangkan beliau saksi yang berpotensi dalam perbicaraan ke atas Najib yang masih berjalan.

“Oleh itu, pada pandangan saya, ini akan mengganggu perbicaraan yang sedang berjalan dan berpotensi menjadi sub judice untuk saya membuat sebarang kenyataan ketika ini.

“Saya ingin mengulangi bahawa keluarga saya dan saya tidak pernah menerima apa-apa jumlah wang daripada 1MDB. Tuduhan terhadap kami adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...