ZUNAR BELAGAK JE PANDAI, TAPI TAK TAHU BAGAIMANA ANWAR RAYU PADA SAYA DI PENJARA UNTUK PULIHKAN HUBUNGAN DENGAN TUN MAHATHIR

“Semasa saya ditahan di penjara Sg Buloh dan berjumpa dengan Anwar Ibrahim pada suatu petang; Anwar Ibrahim sendiri yang merayu kepada saya untuk pulihkan semula hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad”

Khairuddin Abu Hassan

ذونر بلاڬق ج ڤنداي، تاڤي تق تاهو باڬايمانا انور رايو ڤد ساي د ڤنجارا اونتوق ڤوليهكن هوبوڠن دڠن تون محضير

Zunar tak perlu cakap banyak serta mendendangkan tuduhan-tuduhan lapuk yang tidak berasas sama sekali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika tidak ada fakta tolong duduk diam-diam dan jangan banyak berbohong!!




Lebih baik Zunar tumpu di bidang karikatur dan fokus sebagai kartunis. Ini adalah bidang kepakaran hakiki beliau bukan politik!!

Sekiranya Zunar tidak ada fakta lengkap lebih baik beliau mendiamkan diri saja. Lagi banyak Zunar bercakap semakin terserlah kebodohan beliau.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Dalam isu homoseksual dan liwat Anwar Ibrahim; saya cabar Zunar untuk anjurkan satu sesi debat terbuka secara ‘live’ di antara saya dengan Anwar Ibrahim.

Kalau Anwar Ibrahim ‘bacul’ untuk sahut cabaran saya maka lebih baik Zunar jangan ‘tegak benang yang basah’ lagi serta hentilah bercakap mengenai penganiayaan tuduhan homoseksual terhadap Anwar Ibrahim kononnya.

Saya amat konsisten bercakap mengenai homoseksual Anwar Ibrahim dari tahun 1998 sehingga kini.

Pelbagai cabaran saya buat terhadap Anwar Ibrahim untuk membersihkan namanya melalui sesi debat secara ‘live’ tapi malangnya dah 24 tahun Presiden parti PKR ini tidak berani menyahut cabaran ini.

Hakikatnya, tiada siapa pun menghalang Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri tetapi beliau sendiri yang menganiayai dirinya.

Loading...

Allah swt tidak akan mengizinkan seorang yang Nabi tidak mengaku umat untuk dilantik sebagai ‘khalifah’ utama bagi memimpin ummah.

Untuk pengetahuan Zunar dalam negara kita ada undang-undang. Ini bukan negara ‘koboi!!’

Kalau Zunar ada bukti sahih pergi saja buat laporan kepada pihak penguatkuasa undang-undang sepertimana saya lawan dengan najib tun razak dulu dalam isu 1MDB.

Demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran saya terbang ke seluruh dunia buat laporan keatas salahlaku Najib Tun Razak sehingga saya sendiri masuk penjara didakwa atas Akta SOSMA.

Janganlah buang masa bercakap kosong dan hanya pandai mendendangkan cerita-cerita rekaan korupsi Tun Dr Mahathir Mohamad yang lapuk serta tidak berasas itu!!

Sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir Mohamad pergi ke mahkamah untuk minta bantuan dari Anwar Ibrahim bagi memenangi PRU14 yang lepas!!

BACA JUGA: NAJIB TERSILAP PECAH LUBANG SENDIRI

Apa Anwar Ibrahim boleh buat pada waktu itu kerana dia masih merengkuk dalam penjara. Bantuan apa yang kita boleh perolehi dari Anwar Ibrahim di waktu itu?!

Sebenarnya saya mengambil masa hampir 6 bulan untuk memujuk Tun Dr Mahathir Mohamad pergi ke mahkamah atas permintaan Anwar Ibrahim itu sendiri.

Semasa saya ditahan di penjara Sg Buloh dan berjumpa dengan Anwar Ibrahim pada suatu petang; Anwar Ibrahim sendiri yang merayu kepada saya untuk pulihkan semula hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada petang tersebut Anwar Ibrahim juga memohon kepada saya untuk memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencari jalan untuk keluarkan beliau dari penjara Sg Buloh secepat yang mungkin.

Sesungguhnya, pada waktu itu saya ingat Anwar Ibrahim sudah insaf dan sebagai mukmin adalah satu perkara yang mulia untuk kita memaafkan segala pengkhianatan lampau Anwar Ibrahim terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad serta keluarga.

Sebab itu saya pujuk Tun Dr Mahathir Mohamad secara habis-habisan untuk pergi ke Mahkahmah Tinggi Kuala Lumpur bagi memulihkan hubungan silaturrahim di antara kedua tokoh ini. Saya pegang erat kepada janji saya dengan Anwar Ibrahim di penjara Sg Buloh.

Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad ‘berjiwa besar’ untuk memenuhi permintaan Anwar Ibrahim itu tetapi akhirnya terbukti membantu membebaskan beliau dari penjara dapatlah diibaratkan seperti ‘melepaskan anjing yang tersepit.’

Inilah perangai buruk Anwar Ibrahim yang tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini!! Anwar Ibrahim tidak pernah ikhlas kepada dirinya sendiri maka sebab itulah beliau tidak mampu untuk bersikap ikhlas pada orang lain.

Untuk makluman Zunar pada tahun 1997 ketika menghadapi Krisis Matawang Dunia waktu itu Anwar Ibrahim lah yang memporak-perandakan ekonomi negara sehingga paras indeks komposit Bursa Saham  turun sehingga mencecah paras 275 mata.

Semua tindakan serta polisi Anwar Ibrahim pada waktu itu menyumbangkan kepada kejatuhan ekonomi kita secara lebih teruk sehinggalah Tun Dr Mahathir Mohamad mengenalkan formula beliau tersendiri untuk laksanakan ‘pegging’ keatas nilai ringgit.

Akhirnya, Malaysia yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diakui sendiri oleh dunia luar bahawa formula mantan perdana menteri itu amat tepat dalam menangani krisis matawang dunia.

Penyangak matawang iaitu george soros sendiri mengakui ramuan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah terbaik dan tepat sehingga Malaysia di antara negara terawal berjaya keluar dari permasalahan Krisis Matawang Dunia di waktu itu.

Lihat saja betapa bodohnya minda Zunar ini!!

Seandainya Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dan bersetuju dengan ‘Langkah Sheraton’ sudah pastilah mantan Perdana Menteri dua kali ini masih bersama dengan kerajaan masakini.

Kemungkinan besar Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjawat jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga.

Jika dakwaan Zunar ini benar maka tidak perlulah kami

melawan pengkhianatan Mahiaddin Md Yasin serta kerajaan masakini sehingga sekarang!!

Malahan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan 3 lagi Ahli Parlimen parti PEJUANG tidak mahu memeterai MoU dengan kerajaan yang ditunjang oleh UMNO tetapi Anwar Ibrahim serta PH ‘melacurkan maruah’ mereka seterusnya menandatangani perjanjian tersebut.

Siapakah pengkhianat yang mengkhianati mandat rakyat pada PRU14 yang lepas?! Tun Dr Mahathir Mohamad ataupun Anwar Ibrahim dan PH?!

Cukup-cukuplah Zunar bagi kamu hendak ‘menegakkan benang yang basah.’

Kalau kamu hendak sokong ‘peliwat’ selaku manusia ‘hipokrit’ serta ‘fasiq’ itu adalah hak kamu.

Tetapi dalam masa yang sama kamu juga janganlah cuba untuk terus menabur fitnah terhadap orang lain demi bagi mempertahankan pemimpin ‘fasiq’ kamu itu!!

Tidak perlu untuk ugut mengugut sesama kita kerana sesungguhnya Anwar Ibrahim itu hanyalah berada di bawah tumit kaki saya saja!!

Sebesar ‘zarah’ pun kita tidak pernah takut kepada manusia ‘hipokrit’ dan ‘fasiq’ ini kerana Allah swt Maha Mengetahui serta Maha Adil!!

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...