Zuraida mohon cuti semua jawatan dalam PKR

Zuraida sebelum ini dirujuk kepada lembaga disiplin berhubung ucapannya yang mengkritik Anwar pada 8 Disember pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sumber (gambar): Fail TTF

ذورايدا موهون چوتي سموا جاوتن دالم ڤقر

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menghantar surat permohonan cuti daripada memegang semua jawatan dalam parti sehingga lembaga disiplin selesai menjalankan siasatan ke atas dirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad pada satu sidang media hari ini dan turut memaklumkan surat berkenaan telah dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

“Peguam Zuraida sedang meneliti dan kita akan ambil tindakan seterusnya. Oleh itu, lebih elok sekiranya tidak berlaku sebarang pertindihan, konflik dan tindakan salah sebelum mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang Ampang, Amsah Djabir pada sidang media sama mendakwa Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul terlibat dalam komplot menyingkirkan Zuraida menerusi hantaran di aplikasi WhatsApp supaya tidak menyokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana bakal dipecat.


AMPANG: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menghantar surat permohonan cuti daripada memegang semua jawatan dalam parti sehingga lembaga disiplin selesai menjalankan siasatan ke atas dirinya.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad pada satu sidang media hari ini dan turut memaklumkan surat berkenaan telah dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.




“Satu surat juga telah dihantar kepada Lembaga Disiplin PKR untuk meminta prosiding dan tatacara siasatan terhadap Yang Berhormat Zuraida ditangguhkan seketika susulan dua surat berkaitan tindakan undang-undang yang diterimanya.

“Dua surat tindakan undang-undang ini daripada Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di mana kedua-dua kandungan surat yang dihantar sama seperti pertuduhan ditujukan kepada Zuraida dalam surat notis tunjuk sebab Lembaga Disiplin,” katanya hari ini.

Zuraida sebelum ini dirujuk kepada lembaga disiplin berhubung ucapannya yang mengkritik Anwar pada 8 Disember pada satu majlis makan malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Nor Hizwan berkata, mengambil contoh kes siasatan membabitkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini berhubung dakwaan terhadap kerajaan Selangor, Zuraida turut berhak mendapat penangguhan.

“Parti pada waktu itu bertindak menangguhkan tindakan Lembaga Disiplin bagi memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

“Peguam Zuraida sedang meneliti dan kita akan ambil tindakan seterusnya. Oleh itu, lebih elok sekiranya tidak berlaku sebarang pertindihan, konflik dan tindakan salah sebelum mengambil tindakan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang Ampang, Amsah Djabir pada sidang media sama mendakwa Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul terlibat dalam komplot menyingkirkan Zuraida menerusi hantaran di aplikasi WhatsApp supaya tidak menyokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kerana bakal dipecat.

Loading...

Katanya, tindakan tersebut seolah-olah mendahului keputusan siasatan lembaga disiplin parti yang masih berjalan.

“Kami PKR Ampang meminta Johari menjelaskan dengan terang apa yang dimaksudkan dalam mesej WhatsApp berkenaan,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...