Zuraida: Pengarah Komunikasi PKR ‘mentah politik’

Mengulas kenyataan Fahmi berhubung isu pemecatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid, Zuraida mendakwa Fahmi tidak memahami isu yang diutarakannya semalam dan mengungkit perkara tidak relevan. Sumber (gambar): Fail TTF

Naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil terlalu mentah dalam isu politik tempatan.

Mengulas kenyataan Fahmi berhubung isu pemecatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid, Zuraida mendakwa Fahmi tidak memahami isu yang diutarakannya semalam menerusi satu kenyataan.

Semalam, Zuraida mengecam tindakan PKR memecat Zakaria bersama ahli PKR negeri Pahang, Ismail Dulhadi.

Pemecatan itu disifatkannya sebagai tindakan “reformasi membawa rebah” kerana dalam masa sama, ada anggota lain yang turut didakwa melanggar undang-undang lain, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.


PETALING JAYA: Naib presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil terlalu mentah dalam isu politik tempatan.

Mengulas kenyataan Fahmi berhubung isu pemecatan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid, Zuraida mendakwa Fahmi tidak memahami isu yang diutarakannya semalam dan mengungkit perkara tidak relevan.




“Isu yang saya utarakan amat jelas dan mudah, pemecatan ini tidak mengikut proses wajar. Soal saya hadir atau tidak ke mesyuarat parti tidak relevan untuk dibincangkan atas isu ini.

“Apa pun status kehadiran saya dalam mesyuarat tidak sama sekali harus menjejaskan prinsip Keadilan yang perlu dilaksana atas anggota parti. Saya Naib Presiden parti, bukanlah Hakim Agung parti,” kata Zuraida.

Semalam, Zuraida mengecam tindakan PKR memecat Zakaria bersama ahli PKR negeri Pahang, Ismail Dulhadi.

Pemecatan itu disifatkannya sebagai tindakan “reformasi membawa rebah” kerana dalam masa sama, ada anggota lain yang turut didakwa melanggar undang-undang lain, namun tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

“Saya melihat tindakan memecat anggota parti yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Tuan Zakaria Ab. Hamid sebagai tindakan yang berani dari Keadilan.

“Saya katakan berani kerana tindakan ini benar-benar dilihat sebagai suatu langkah reformasi dalam parti, reformasi yang membawa rebah!

“Jika benar memang ada saranan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk parti politik mengambil tindakan terhadap anggota parti yang masih tidak dibuktikan bersalah di mahkamah, maka parti wajib juga mengambil tindakan terhadap beberapa anggota parti yang jelas melanggar undang-undang negara,” katanya.

Loading...

Mengulas kenyataan ini, Fahmi mendakwa Zuraida akan “mengetahui maklumat penuh” di sebalik pemecatan Zakaria jika dia menghadiri mesyuarat parti.

“Saya rasa kalau beliau hadir mesyuarat biro politik mingguan dan juga mesyuarat majlis pimpinan pusat semalam, maklumat penuh yang disampaikan kepada kami cukup jelas untuk tindakan diambil (terhadap Zakaria).

“Jadi saya tegaskan sekali sama sama dengan pimpinan yang lain untuk peringatkan diri sendiri untuk sentiasa hadir mesyuarat gunakan platform pertemuan parti ini untuk bincangkan perkara, bukan untuk kita keluarkan kenyataan dalam media bagi saya itu tidak menyelesaikan masalah dan hanya bantu untuk merumitkan keadaan.

“Platform terbaik adalah utntuk beliau hadir mesyuarat saya tegaskan sekali lagi,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...