Zuraida: Semua menteri kabinet dan parti komponen bertanggungjawab dengan kekalahan PH

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin berkata, beliau menafikan kekalahan itu turut memberi tekanan kepada Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan lebih awal.

“Saya melihat ada dua perkara iaitu kita harus mempertingkatkan dan memantapkan jentera pilihan raya dan medium penerangan kepada rakyat secara meluas.

“Saya akui jentera pilihan raya kita lemah… kita tidak sempat nak tengok kerajaan, nak tengok lain selepas itu ada PRK pula,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi semula kerusi parlimen itu dengan memperoleh 25,466 undi, sekali gus mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.


“KITA tidak boleh menuduh dan mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, semalam.

“Bagaimanapun, semua menteri kabinet dan parti komponen termasuk presiden parti harus bertanggungjawab dengan kekalahan ini,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin.




Zuraida yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau menafikan kekalahan itu turut memberi tekanan kepada Dr Mahathir untuk melepaskan jawatan lebih awal.

“Saya tidak fikir begitu kerana Tun (Dr Mahathir) pernah kena kecaman lebih teruk daripada ini.

“Memang saya berasa kecewa dan dukacita dengan kekalahan PRK Tanjung Piai. Mereka kata tidak boleh gunakan alasan kerana kerajaan baru setahun lebih memerintah negara.

“Saya melihat ada dua perkara iaitu kita harus mempertingkatkan dan memantapkan jentera pilihan raya dan medium penerangan kepada rakyat secara meluas.

“Saya akui jentera pilihan raya kita lemah… kita tidak sempat nak tengok kerajaan, nak tengok lain selepas itu ada PRK pula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN) di Ampang, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi IKATAN Tan Sri Lee Lam Thye.

Loading...

Zuraida berkata, kerajaan berharap rakyat memberi masa kepada Pakatan Harapan (PH) melakukan perubahan berkesan dalam tempoh tidak lama.

“Kita akan ambil iktibar daripada kekalahan ini untuk bekerja lebih kuat dan mempertingkatkan dua faktor itu.

“Saya yakin dalam masa lima tahun kita akan dapat lagi memerintah negara ini,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi semula kerusi parlimen itu dengan memperoleh 25,466 undi, sekali gus mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...