
18 كتوا چاوڠن ڤڤبم اراو اوڬوت كلوار ڤرتي براماءي-راماي
Seramai 18 ketua-ketua cawangan termasuk sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Arau membantah pelantikan Timbalan Ketua Bahagiannya, Megat Hashirat Hassan memangku jawatan ketua.
Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau yang juga wakil ketua-ketua cawangan, Md Sharif Abdul Razak berkata, mereka memberi tempoh dua minggu kepada kepimpinan pusat untuk mempertimbangkan permintaan terbabit.
Pada 21 Oktober lalu, media melaporkan Ketua Bersatu Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan meletakkan semua jawatan serta keluar parti.
Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.
ARAU: Seramai 18 ketua-ketua cawangan termasuk sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau membantah pelantikan Timbalan Ketua Bahagiannya, Megat Hashirat Hassan memangku jawatan ketua.
Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau yang juga wakil ketua-ketua cawangan, Md Sharif Abdul Razak berkata, mereka memberi tempoh dua minggu kepada kepimpinan pusat untuk mempertimbangkan permintaan terbabit.
Katanya, sekiranya tiada jalan penyelesaian dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terbabit secara beramai-ramai.
BACA: BUKTI HITAM PUTIH NAJIB MEMFITNAH MAHATHIR
“Kami berharap kepemimpinan pusat dapat memberi pertimbangan atas permintaan kami ini. Andai permintaan kami ini tidak dipertimbangkan, kami tidak ada jalan lain melainkan meninggalkan parti secara beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat
Menurutnya, majoriti kepemimpinan Bersatu Arau jelas menolak keras pelantikan Megat Hashirat yang disifatkan tidak layak memimpin parti di bahagian tersebut.
“Kami tidak menolak siapa pun yang akan memangku jawatan Ketua Bersatu Bahagian Arau asal bukan Megat Hashirat. Malah, jika pemimpin dari pusat memangku jawatan tersebut juga kami tidak membantah,” katanya.
Pada 21 Oktober lalu, media melaporkan Ketua Bersatu Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan meletakkan semua jawatan serta keluar parti.
Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.
Sumber:
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
