Agong yang tentukan jawatan PM, bukan Majlis Presiden PH

Raggie Jessy Rithaudeen

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan menentukan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.




Kenyataan beliau susulan pandangan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa isu peralihan kuasa seharusnya dibincangkan secara muafakat di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), bukannya di umum.

Muhyiddin mengakui isu tersebut pernah dibincang ketika perjanjian awal dimasuki antara empat pemimpin PH, melibatkan beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (ketika itu Presiden PKR); Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Menyambut kenyataan ini, Wan Azizah memberitahu pemberita semalam bahawa beliau bersedia untuk berbincang isu peralihan kuasa yang menurutnya telah dipersetujui sebelum ini.

Sebenarnya, tidak timbul pun isu siapa bakal menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya perkara ini tidak diungkit berpuluh kali oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya, termasuklah Syed Husin Ali.

Sebelum ini, Anwar kerap memberi persepsi bahawa Mahathir bersetuju untuk letak jawatan selepas dua tahun dan mendakwa kononnya wujud satu perjanjian bertandatangan yang mentapkan beliau akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir.

Walaubagimanapun, bukan hanya Anwar gagal menunjukkan dokumen perjanjian berkenaan, dakwaan beliau disangkal terus oleh Tan Sri Dr Rais Yatim yang menegaskan tidak wujud apa-apa perjanjian yang membuat penetapan sedemikian.

Kenyataan Rais menjadikan Anwar terasa amat tercabar.

Loading...

Keesokkan harinya, beliau terus merujuk kepada satu ‘kenyataan bersama’ dan ‘dokumen konsensus’ Pakatan Harapan yang menamakan beliau sebagai pengganti Mahathir untuk jawatan Perdana Menteri.

Malangnya, ‘kenyataan bersama’ ataupun ‘dokumen konsensus’ bukanlah perjanjian rasmi yang bertandatangan dan lebih berupa persefahaman ataupun persetujuan am yang tidak mengikat mana-mana pihak.

Pada 23hb Oktober 2019, saya menulis:

Pada 13hb Disember 2016, PPBM memasuki satu perjanjian dengan ketiga-tiga PKR, DAP dan AMANAH di mana parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menjadi sebahagian daripada PH.

Beberapa bulan kemudian, keempat-empat PKR, DAP, AMANAH dan PPBM bersetuju agar Mahathir dijadikan pengerusi Majlis Presiden PH dan mencapai konsensus bahawa beliau akan letak jawatan sebelum penggal penuh parlimen ke-14 tamat supaya Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi konsensus tersebut tidak pernah menetapkan agar Mahathir perlu mencadangkan nama Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8 ataupun meletakkan jawatan dalam dalam satu tempoh masa yang spesifik.

Ini bermakna Mahathir boleh terus menasihati Yang Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tamatnya penggal penuh parlimen ke 14 memandangkan pembubaran tersebut akan secara otomatik melucutkan kuasa Perdana Menteri.

Agong kemudiannya boleh mengikut kelaziman dan membenarkan Mahathir terus menerajui kerajaan “penjaga” sebagai “Perdana Menteri penjaga” sementara menunggu PRU15.

Sekiranya mana-mana gabungan selain dari PH memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti mudah atau dua per tiga, Mahathir boleh terus dilantik semula sebagai Perdana Menteri baru dengan syarat beliau menjadi ketua kepada gabungan baru tersebut.

Perkara ini tidak akan bercanggah langsung dengan ‘konsensus’ PH, kerana bukan hanya konsensus tersebut satu persetujuan am, ianya sah hanya selagi Mahathir menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan

Saya hairan bagaimana Anwar yang menggelarkan dirinya “bakal Perdana Menteri” tidak faham perkara semudah ini.

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...