Ahli Majlis Tertinggi: Desakan terima jawatan Timbalan Perdana Menteri muslihat ‘kluster menteri’ UMNO

Sumber dari MKT berkata, nama yang disebut mungkin akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali. Sumber (gambar): Fail TTF

اهلي مجليس ترتيڠڬي: دسقن تريما جاوتن تيمبالن ڤردان منتري مصليحة ‘قلوستر منتري’ امنو

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Seorang ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO mendakwa isu jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dibangkitkan pihak tertentu dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu.

Menurut laporan, alasan yang diberikan oleh seorang lagi ahli MT berstatus menteri yang mahu UMNO terima jawatan TPM ialah parti itu akan hilang peruntukan RM600 juta jika jawatan tersebut disandang orang lain.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu bahawa cadangan untuk UMNO menerima jawatan TPM bukanlah datang daripada Datuk Seri Ismail Sabri atau Annuar Musa.

“Sebenarnya muslihat utama ‘kluster menteri’ itu dalam mesyuarat malam tersebut ialah supaya UMNO menerima jawatan TPM. Dia berhujah TPM ada peruntukan khas RM600 Juta, maka amat rugi jika UMNO terlepas jawatan ini kepada Azmin,” katanya.


PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO mendakwa isu jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dibangkitkan pihak tertentu dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu.

Menurut laporan, alasan yang diberikan oleh seorang lagi ahli MT berstatus menteri yang mahu UMNO terima jawatan TPM ialah parti itu akan hilang peruntukan RM600 juta jika jawatan tersebut disandang orang lain.




Laporan itu memetik sumber dari MKT itu sebagai berkata, nama yang disebut mungkin akan mengisi jawatan tersebut ialah Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali.

“Terdapat empat orang daripada ‘kluster menteri’ yang bersuara agar Umno terus bekerjasama dengan Bersatu tapi cadangan mereka itu tidak disambut oleh ahli MT yang lain. Sebab itu tidak ada pengundian,” katanya.

Daripada sembilan menteri UMNO yang paling menonjol dan dianggap selalu cenderung kepada Bersatu ialah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu bahawa cadangan untuk UMNO menerima jawatan TPM bukanlah datang daripada Datuk Seri Ismail Sabri atau Annuar Musa.

“Sebenarnya muslihat utama ‘kluster menteri’ itu dalam mesyuarat malam tersebut ialah supaya UMNO menerima jawatan TPM. Dia berhujah TPM ada peruntukan khas RM600 Juta, maka amat rugi jika UMNO terlepas jawatan ini kepada Azmin,” katanya sepertimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Namun, setelah Zahid menjelaskan bahawa UMNO tidak pernah menerima tawaran jawatan TPM sama ada secara hitam putih atau secara lisan mereka terkedu.

“Maka terdedahlah rupanya cerita jawatan TPM ini dibangkitkan dalam MT berkenaan kerana ia dirancang oleh kluster menteri yang kemaruk mahu UMNO menjadi TPM,” tambahnya lagi.

Loading...

Dalam pada itu, ahli MT berkenaan berkata tidak timbul isu presiden menggunakan kuasa veto kerana tiada pengundian dibuat ketika mesyuarat berkenaan.

“Tidak timbul soal Zahid menggunakan kuasa veto dalam isu nak putuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15 nanti kerana tiada pengundian berlaku, jadi tidak ada keputusan majoriti atau manoriti, justeru tak timbulah isu kuasa veto.

“Mesyuarat tersebut hanya mengesahkan pendirian 147 ketua bahagian dan 118 bahagian yang menjadikannya usul UMNO bahagian supaya parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15,” katanya.

Jelasnya, UMNO akan menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan MT Umno berkenaan.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Tanpa Mahathir, UMNO akan karam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...