
اخيرڽ، تمبيرڠ انور تربوڠكر مالم سمالم كتيك تعليمت ڤاكتن هارڤن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Kenyataan rasmi kepimpinan Pakatan Harapan malam tadi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan media sebagai ‘alat’ untuk menimbulkan persepsi dan menarik perhatian umum kepada dirinya.
Semalam, Anwar dilaporkan memberi taklimat kepada parti komponen Pakatan Harapan mengenai pertemuannya dengan beberapa tokoh Umno baru-baru ini.
Menurut laporan, perkara itu kemudian dibincangkan PH tetapi tidak ada komitmen dibuat jika gabungan pembangkang akan bekerjasama dengan Umno pada PRU15.
Jika begitu keadaannya, buat apa Anwar beri gambaran selama hampir seminggu kononnya UMNO ‘positif’ untuk bekerjasama dengan PKR, kemudian buat taklimat untuk menafikan perbincangan ke hala itu?
Anwar sebenarnya cemas dan berharap mengelirukan semua wakil rakyat agar sebarang perbincangan antara mereka dan Tun Dr Mahathir Mohamad atau orang-orang Mahathir akan menemui jalan buntu.
PETALING JAYA: Kenyataan rasmi kepimpinan Pakatan Harapan malam tadi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan media sebagai ‘alat’ untuk menimbulkan persepsi dan menarik perhatian umum kepada dirinya.
Semalam, Anwar dilaporkan memberi taklimat kepada parti komponen Pakatan Harapan mengenai pertemuannya dengan beberapa tokoh UMNO baru-baru ini.
Menurut laporan, perkara itu kemudian dibincangkan Pakatan Harapan tetapi tidak ada komitmen dibuat jika gabungan pembangkang akan bekerjasama dengan Umno pada PRU15.
Ditemui selepas mesyuarat PH, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub kelihatan berpuas hati dengan taklimat tersebut.
“Kita dah jelaskan pertemuan (dengan Umno) diadakan macam biasa tapi tidak ada komitmen untuk bersama PRU, tidak ada,” katanya menjawab soalan mengenai hal itu.
Jika begitu keadaannya, buat apa Anwar beri gambaran selama hampir seminggu kononnya UMNO ‘positif’ untuk bekerjasama dengan PKR, kemuduan buat taklimat untuk menafikan perbincangan ke hala itu?
Nyata sekali Anwar sedang menggunakan media untuk menarik perhatian kepada dirinya agar beliau masih kelihatan relevan walaupun ditolak oleh ramai ahli parlimen dari blok pembangkang dan hampir semua dari blok kerajaan.
Anwar sebenarnya cemas dan berharap mengelirukan semua wakil rakyat agar sebarang perbincangan antara mereka dan Tun Dr Mahathir Mohamad atau orang-orang Mahathir akan menemui jalan buntu.
Rabu lalu, saya menulis (link pendedahan penuh di bawah):
“Tidak ramai tahu, Anwar menghadapi tekanan dari dalam PKR untuk hentikan bicaranya berkenaan kerjasama PKR dengan UMNO.
“DAP dan AMANAH turut tidak bersamanya 100 peratus malah ada sekumpulan ahli parlimen yang bengang isu ini dimain-mainkan.
“Anwar sebenarnya berada dalam keadaan kritikal sejak sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah lagi.
“Ini terbukti apabila beliau gagal mendapatkan Surat Akuan Bersumpah dari semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan sebelum membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya.
“Malah, ada beberapa sumber dari dalam PKR yang mendakwa Anwar tidak berjaya mengumpulkan walaupun 60 Akuan Bersumpah tetapi meneruskan juga sidang medianya dengan harapan dapat mengelirukan ahli parlimen.
“Kesimpulannya, Anwar tidak disokong oleh semua dalam Pakatan Harapan.
“Begitu juga keadaanya dengan Zahid dan Najib yang hanya disokong lima ahli parlimen dari UMNO dan kurang dari 15 peratus pemimpin bahagian.
“Justeru, apabila “kluster Anwar” berjumpa dengan “kluster mahkamah” atau wakil-wakil Zahid dan Najib, mereka berbicara atas kapasiti peribadi dan tidak mewakili kehendak majoriti dalam Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.”
RJ RITHAUDEEN
MUST READ:
