Akhirnya terbukti Team A UMNO ingin PAS guna bendera Barisan Nasional, bukan Muafakat Nasional

“Kenyataan Asyraf membuktikan apa saya beritahu dulu, iaitu Team A menunggang PAS yang akhirnya akan terpaksa membuat keputusan samada bertanding menggunakan benderanya sendiri atau bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15”

Raggie Jessy Rithaudeen

Akhirnya, setelah lebih lima bulan berpura-pura mencari jalan penyelesaian ke arah “penyatuan ummah lebih menyeluruh,” Team A UMNO membuat sebiji apa yang saya katakan mereka akan buat.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tergamak mencadangkan secara terbuka agar PAS menggunakan logo Barisan Nasional (BN) sebagai lambang rasmi sewaktu pilihan raya umum akan datang.




Menurutnya, cadangan itu perlu dipertimbangkan kepimpinan kanan parti yang terlibat bagi menunjukkan kesepakatan dan memastikan pertandingan satu lawan satu bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bukankah ini yang saya dakwa selama ini? Dan kesepakatan apakah yang dimaksudkan oleh Asyraf?

Jika benar UMNO serius ingin ‘bersepakat’ dengan PPBM dan PAS, mengapakah tidak menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional secara rasmi atau mendaftarkan Muafakat Nasional selama ini?

Bukankah UMNO berpaut pada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali untuk kembali berkuasa dengan janji akan terlibat dalam Perikatan Nasional bawah pimpinan PPBM, dan bukankan UMNO berpaut pada PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu-Islam yang merosot teruk selepas Pilihan Raya Umum ke-14?

Biar apa pun logik yang digunakan oleh Asyraf, tidak masuk akal UMNO cuba berlagak seperti “big brother” yang hanya ingin mendominasi lanskap politik sehingga sanggup bertelagah secara terbuka dengan PPBM berhubung isu agihan kerusi dan membuat keputusan-keputusan unilateral tanpa merujuk kepada PAS terlebih dahulu.

Sebenarnya, apa yang Asyraf cuba lakukan ialah menimbulkan persepsi kononnya Team A masih kuat dan relevan.

Bagaimanapun, PAS tidak berpuas hati dengan sikap Team A yang memiliki sokongan tipis ahli-ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin bahagian dan pernah beberapa kali menegur UMNO secara terbuka disebabkan kerenah kumpulan ini.

Loading...

Sepertimana yang saya beritahu dulu, Team A hanya menunggang PAS yang akhirnya akan terpaksa membuat keputusan samada bertanding menggunakan benderanya sendiri atau bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana misi jangka panjang Team A adalah untuk Barisan Nasional kembali ke tampuk kepimpinan negara seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, bukannya untuk menyatukan ummah seperti yang diwar-warkan selama ini.

Pada 1hb Ogos 2020, saya menulis:

Dari awal lagi, saya sudah katakan bahawa Team A hanya menunggang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggunakan penyatuan ummah sebagai alasan untuk kembali berkuasa.

Seharusnya, UMNO mengambil inisiatif untuk merasmikan gabungan Perikatan Nasional atas dasar penyatuan ummah lebih menyeluruh memandangkan ianya melibatkan pergabungan tiga buah parti politik bertunjangkan Melayu-Islam, iaitu PAS, PPBM dan UMNO sendiri.

Sebaliknya, bukan hanya UMNO menjarakkan diri dari PPBM dengan mengisytiharkan tidak akan sertai Perikatan Nasional secara rasmi, pemimpin-pemimpin UMNO juga telah beberapa kali mencabar untuk merampas kembali kerusi PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga timbul keretakkan antara kedua-dua parti itu.

Keengganan UMNO memasuki apa-apa bentuk perbincangan atau muzakarah rasmi dengan kepimpinan tertinggi PAS berhubung perasmian Muafakat Nasional menerusi pendaftaran gabungan tersebut turut merungsingkan PAS dan menimbulkan keretakkan dalam hubungan antara kedua-dua parti itu.

Pada 25hb Julai 2020 pula, saya menulis:

PAS akan terpaksa menggunakan bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan keraguan di kalangan pengundi Melayu-Islam berhubung komitmen PAS terhadap Muafakat Nasional.

Perkara ini merungsingkan beberapa pemimpin PAS, sekaligus menimbulkan syak bahawa Team A dari awal memperkudakan PAS untuk meraih sokongan lebih ramai pengundi Melayu-Islam suslan kejatuhan ‘saham’ UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Seandainya PAS menggunakan bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15, pengundi Melayu-Islam di Kelantan dan Terengganu akan naik berang kerana PAS membiarkan UMNO menunggangnya untuk menguasai kedua-dua negeri itu.

Sebaliknya, jika PAS kekal dengan benderanya sendiri, pengundi yang sama akan tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Muafakat Nasional diwujudkan sedangan PAS dan Barisan Nasional akhirnya menggunakan bendera masing-masing.

Bukankah ini yang saya katakan selama ini?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...