Annuar Musa ‘dipancung’, dedah ‘pihak atas’ tapis senarai calon UMNO yang diputuskan “top five”

Menurut Annuar Musa, apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak menepati peruntukan perlembagaan parti. Sumber (gambar): TTF

“Menurut Annuar Musa, walaupun “top five” UMNO diberi kuasa untuk merundingkan senarai calon bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, hakikatnya, ahli-ahli “top five” mengesahkan senarai itu ditapis oleh pihak “high up” (pihak atas)”

Raggie Jessy Rithaudeen

اننوار موسى ءدڤنچوڠء، دده ءڤيهق اتسء تاڤيس سناراي چالون امنو يڠ دڤوتوسكن “توڤ فيۏ”

Tan Sri Annuar Musa member gambaran bahawa beliau ‘dipancung’ dari senarai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam kenyataan di Facebook, menteri komunikasi itu mendedahkan, ramai “wali” UMNO (calon yang berpotensi tinggi untuk menang) bakal dipancung daripada senarai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurutnya, walaupun “top five” UMNO diberi kuasa untuk merundingkan senarai calon bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, hakikatnya, ahli-ahli “top five” mengesahkan senarai itu ditapis oleh pihak “high up” (pihak atas).




Annuar tidak mendedahkan siapakah yang dimaksudkan dengan pihak “high up” itu.

Menurut Annuar lagi, apa yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tidak menepati peruntukan perlembagaan parti.

“Nampaknya, walau perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon, nampaknya sekali lagi ia tidak diendahkan.

“Dijanjikan juga “top five”  diberi kuasa merundingkan bagi pihak MKT (yg berkuasa memilihnya), namun ahli “top five” mengesahkan list itu di tapis lagi oleh “high up”. Proses sedang berjalan.

“Janji kononnya bakal dipilih adalah para WALI (WINNABLE, ACCEPTABLE, and LIKEABLE), namun kedengaran sana sini banyak sudah “winners” di pancung, terutama yg dekat dgn YAB Perdana Menteri… Tapi itu rumours (yg tidak semestinya tidak berasas),” katanya.

Ura-ura ini bagaimanapun disahkan oleh sumber TTF, yang memberi beberapa maklumat risikan, termasuk perancangan untuk mencantas mereka yang dilihat rapat atau sehaluan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Awal pagi ini, TTF menulis (BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI):

Loading...

Barisan Nasional dan PKR kini berdepan dengan satu masalah besar yang teramat serius.

Berdasarkan maklumat, boikot besar-besaran jentera pilihan raya dan akar umbi kedua-dua gabungan itu dijangka berlaku di seluruh negara, khususnya, di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

Boikot ini dijangka berlaku tidak kira siapa menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-15, dan tindakan ‘memancung’ mereka yang tidak sehaluan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeruhkan lagi keadaan.

Asas kepada boikot ini adalah penolakkan besar-besaran di seluruh negara terhadap kepimpinan Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim dan beberapa tokoh Kluster Mahkamah UMNO, termasuk setiausaha agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Namun, Zahid dan Anwar masih duduk di dalam kepompong khayalan dan menolak segala maklumat risikan dan tinjauan yang mencadangkan Barisan Nasional dan PKR tidak berada dalam keadaan yang ‘selamat’, biarpun perolehan kerusi kedua-dua gabungan itu dijumlahkan.

Zahid mengambil segala peluang yang ada bagi mewar-warkan kononnya Barisan Nasional berani dan pembangkang takut, barangkali untuk menghampakan pengundi atas pagar dan penyokong pembangkang agar kurang keluar mengundi.

Manalaka itu, beribu-ribu laskar siber pro-PKR merayap seperti kutu rayap di semua ruang komen laman-laman parti selain Barisan Nasional, untuk memarakkan slogan “Anwar PM-10,” seolah-olah Anwar merupakan calon pilihan rakyat biarpun tinjauan menunjukkan sebaliknya (KLIK DI SINI UNTUK MENILAI HASIL UNDIAN CALON PM).

Inilah yang dikatakan “Strategi Kubu Kosong.”

Terdahulu, TTF menulis:

Beberapa sumber telah mendakwa bahawa wujud satu perancangan sulit melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk cuba membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya difahamkan, Anwar dan Zahid bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, seandainya kedua-dua gabungan itu mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersama GPS (rujuk video di bawah atau KLIK DI SINI untuk tonton di You Tube).

Perkara ini bukanlah baru, malah saya berulang kali mendedahkan kerjasama antara Anwar dan Zahid sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Sayalah orang pertama yang mendedahkan kewujudan surat sokongan rahsia Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dituju ke Istana Negara, di mana kedua-dua Zahid dan Najib menzahirkan sokongan padu mereka terhadap pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Zahid sememangnya merancang untuk bersama Anwar sejak sebelum Langkah Sheraton lagi, dan perkara ini telah saya dedahkan beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (rujuk pendedahan di hujung bawah).

Malah, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah, Anwar berkali-kali membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya sebagai calon Perdana Menteri.

Anwar berbuat demikian atas keyakinan palsu yang disampaikan oleh Zahid kepadanya, kononnya seluruh Barisan Nasional menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri.

Menurut sumber, PAS tidak ingin bekerjasama dengan Zahid dan UMNO kerana Majlis Syura PAS tidak membenarkannya, berdasarkan maklumat bahawa Zahid dan Anwar mungkin bekerjasama selepas PRU15 dengan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan mengaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bahawa rakaman audio tular yang memaparkan suara beliau bersama Anwar adalah sahih.

Dalam rakaman itu, Zahid dan Anwar terang-terang sedang membincangkan sesuatu yang mencadangkan kedua-dua mereka sedang bekerjasama.

Zahid turut dikatakan mengaku kesahihan surat rahisa kepada Istana Negara, di mana Zahid menipu Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh Barisan Nasional menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak terkejut jika DAP turut bersetuju untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional selepas PRU15.

Jangan lupa, DAP sebelum ini mengaku mempertimbangkan jajaran politik baharu bersama UMNO di Perak, berbekalkan alasan kononnya semua yang dilakukan adalah “demi rakyat, demi kestabilan politik.”

Andai kata DAP terlibat sama, sudah pasti parti itu tidak akan mengaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, kerana ini akan menjejaskan perolehan undi daripada masyarakat Cina.

Setakat hari ini, Zahid berpura-pura tidak dengar desakan saya agar Barisan Nasional menyelitkan akuan bersumpah “No Anwar, No DAP” dalam manifesto gabungan itu, ditandatangani oleh semua calon yang bertanding.

Begitu juga, Anwar berpura-pura tidak dengar desakan saya agar Pakatan Harapan mengisytiharkan “No Zahid, No Kleptokrat” dalam manifesto gabungan itu, berserta akuan bersumpah yang ditandatangani oleh semua calon yang bertanding.

BACA SELANJUTNYA DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...