Annuar Musa jelas langgar SOP, alasan ‘kebetulan bertemu di tengah jalan’ mengarut

Semalam, Annuar dalam ciapannya memuat naik gambar dia berjalan di luar bersama dua individu lain di lokasi yang tidak didedahkan. Sumber (gambar): Malaysiakini

اننوار موسى جلس لڠڬر سوڤ، السن ‘كبتولن برتمو د تڠه جالن’ مڠاروت

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menafikan dia melanggar prosedur operasi piawai (SOP) ketika bersenam.

Semalam, Annuar memuat naik gambar dia berjalan bersama bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Nordin Razak dan Nik Aminaldin Nik Jaafar.

Persoalannya, siapa yang mengambil gambar itu, dan adakah Annuar benar-benar bertiga atau adakah pihak yang keempat terlibat sama?

Jika ya pun pertemuan itu satu kebetulan, seharusnya Annuar menjarakkan diri daripada mereka bagi mematuhi SOP.

Ini tidak, Annuar sempat mengambil gambar malah memuat naik gambar itu ke Facebook, sekaligus menimbulkan rasa sangsi netizen terhadap penjelasannya.


PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menafikan dia melanggar prosedur operasi piawai (SOP) ketika bersenam.

Semalam, Annuar memuat naik gambar dia berjalan bersama bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Nordin Razak dan Nik Aminaldin Nik Jaafar.




Susulan itu, para netizen dan pemimpin pembangkang menyelar bekas Setuausaha Agung Barisan Nasional itu atas dakwaan melanggar SOP kerana berjalan dalam kumpulan secara bertiga ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Masih banyak tak faham ke? Mask (pelitup muka) tidak digalak pakai semasa riadah. Doktor dah nasihat berkali kali.

“Ketiga tiga berjalan berasingan dari rumah mereka. Laluan berlainan, kebetulan bertemu,” katanya sepertimana yang dilaporkan Malaysiakini.

Kegiatan berjoging setakat ini hanya dibenarkan di sekitar kawasan rumah dengan berseorangan atau berdua sahaja.

Di bawah PKP, hanya dua jenis aktiviti luar yang dibenarkan – berjoging dan berbasikal. Mereka yang ingin berjoging boleh secara sendirian atau berpasangan di kawasan perumahan mereka.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata hanya anggota keluarga dari rumah yang sama boleh bersenam di luar rumah, namun, syarat ini tidak dinyatakan dalam garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Semalam, Annuar dalam ciapannya memuat naik gambar dia berjalan di luar bersama dua individu lain di lokasi yang tidak didedahkan.

Loading...

“Pagi ini (bersama) mantan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Nordin Razak dan Nik Aminaldin Nik Jaafar,” ciapnya.

Persoalannya, siapa yang mengambil gambar itu, dan adakah Annuar benar-benar bertiga atau adakah pihak yang keempat terlibat sama?

Jika ya pun pertemuan itu satu kebetulan, seharusnya Annuar menjarakkan diri daripada mereka bagi mematuhi SOP.

Ini tidak, Annuar sempat mengambil gambar malah memuat naik gambar itu ke Facebook, sekaligus menimbulkan rasa sangsi netizen terhadap penjelasannya.

Inikah teladan seorang yang bergelar ‘pemimpin’? Bukankah tindakan bergambar itu memanjangkan lagi masa pertemuan ‘secara kebetulan’ itu dengan sengaja?

RJ RITHAUDEEN

Diubahsuai dari laporan Malaysiakini

WAJIB BACA:

Kenapa Muhyiddin takut PEJUANG?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...