Kenapa Muhyiddin takut PEJUANG?

“Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar bahawa Mahathir bakal bergelar kuasa ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan takut saki-baki kepimpinan bahagian dan akar umbi PPBM yang masih kekal selepas pengunduran besar-besaran dua tiga bulan lepas akan turut beralih ke kem Mahathir?”

Raggie Jessy Rithaudeen

كناڤ محي الدين تاكوت ڤجوڠ؟

Saya bersetuju dengan kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi bahawa kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu meluluskan pendaftaran Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dengan kadar segera.

Saya ingin menambah, kerajaan perlu juga meluluskan pendaftaran Parti Pejuang tanah Air (PEJUANG) bagi mengelakkan berlakunya buruk sangka rakyat terhadap pentadbiran persekutuan.




Baru-baru ini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat tuduhan serius dalam afidavitnya di mahkamah bagi menyokong permohonan semakan kehakiman berhubung keengganan RoS mendaftarkan Muda.

Menurut Syed, Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Menteri Dalam Negeri meletakkan syarat mesti sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin jika mahu pendaftaran parti Muda diluluskan.

“Syed Saddiq buat tuduhan serius. Apakah itu cara Muhyiddin mengekalkan kuasa,” soal Puad.

Persoalan ini turut perlu ditujukan kepada kerajaan dalam kes pendaftaran parti PEJUANG yang ditolak atas sebab politik.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS) memberitahu bahawa PEJUANG boleh diluluskan tetapi pendaftarannya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada menteri terbabit.

“Ini bererti bahawa (pendaftaran PEJUANG) sudah menjadi isu politik kerana mereka (RoS) harus melangkaui peraturan yang telah ditetapkan. Mengapa perlu rujuk kepada menteri, itu bukannya satu keperluan dari segi undang-undang,” kata Dr Mahathir.

Anehnya, Perikatan Nasional, yang dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), diluluskan dengan begitu mudah dalam tempoh tujuh hari sempena pelancaran kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.

Loading...

Mengapa berat sebelah?

RoS bertindak menolak pendaftaran PEJUANG pada 6hb Januari 2021, sehari sebelum Jawatankuasa Penaja parti itu dijadualkan hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menjelaskan sebab perlunya semakan kehakiman bagi pendaftaran parti itu.

Persoalannya, mengapakah RoS menolak pendaftaran PEJUANG sehari sebelum perbicaraan yang dimulakan atas kegagalan RoS sendiri membuat keputusan berhubung pendaftaran parti itu?

Dakwaan Mahathir dan Syed Saddiq mencadangkan kerajaan begitu tertekan hingga terpaksa campurtangan dalam urusan pendaftaran PEJUANG dan MUDA yang seharusnya dikendalikan oleh RoS secara bebas.

Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar bahawa Mahathir bakal bergelar kuasa ketiga pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan takut saki-baki kepimpinan bahagian dan akar umbi PPBM yang masih kekal selepas pengunduran besar-besaran dua tiga bulan lepas akan turut beralih ke kem Mahathir?

WAJIB BACA:

Teropong Hadi tak nampak Annuar Musa

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...