Anwar diminta menjelaskan akuan bersumpah terbaru ini (dokumen disertakan)

Raggie Jessy Rithaudeen

Sebentar tadi, saya mengisytiharkan buat kali ke lima belas, bahawa secara efektif, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan bilangan ahli parlimen yang mencukupi untuk melayakkan beliau sebagai Perdana Menteri.

BACA DI SINI: ANWAR TIDAK MEMPUNYAI SOKONGAN MAJORITI, MALAH SEBILANGAN PENYOKONGNYA BERALIH KEM AZMIN

Saya juga telah berkali-kali menjelaskan kewujudan akuan-akuan bersumpah palsu dan kemungkinan-kemungkinan tertentu melibatkan akuan-akuan bersumpah tersebut.

Pada 7 hb Julai 2019, saya menerbitkan dua akuan bersumpah ‘milik’ Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, di mana akuan-akuan bersumpah tersebut dilihat memiliki nama dan tandatangan mereka (lihat dokumen-dokumen di bawah).


Saya kemudiannya meminta Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesahkan kesahihan kedua-dua akuan bersumpah tersebut tetapi tidak menerima sebarang maklumbalas hingga ke hari ini.

Justeru, saya mengambil keputusan untuk menerbitkan satu lagi akuan bersumpah, di mana kali ini, akuan bersumpah tersebut dilihat memiliki nama dan tandatangan Anwar sendiri (lihat dokumen pertama di bawah).

Di dalam akuan bersumpah terbaru ini (lihat gambar di bawah), Anwar mendakwa memiliki sokongan dua pertiga ahli parlimen bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Malah, Anwar turut berjanji melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Islmail dan menyatakan komitmen beliau untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Sekali lagi, saya meminta jasa baik Anwar untuk mengesahkan sekiranya akuan bersumpah tersebut sahih atau palsu dan sekiranya dokumen-dokumen ini telah digunakan oleh orang-orang beliau untuk menipu sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen.

Untuk makluman, dokumen-dokumen ini sememangnya dimiliki oleh orang-orang yang terdekat dengan Anwar. Saya memberi Anwar sehingga 12 tengah hari esok untuk mengesahkan kesahihan dokumen ini.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...