“Saya cabar Anwar sangkal dakwaan ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
Menerusi satu kenyataan di lobi parlimen semalam, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan tidak wujud perjanjian peralihan kuasa yang menetapkan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu letak jawatan dalam tempoh dua tahun.
Pengesahan tersebut dibuat secara tidak langsung ketika Anwar diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurut Anwar, itu hanyalah kenyataan peribadi Azmin memandangkan keputusan status Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah keputusan parti memerintah, bukannnya individu.
“Maknanya, saya serah kepada Majlis Presiden PH,” katanya.
Kenyataan tersebut kurang tepat, walaupun secara lazimnya, kesemua ahli parlimen dari parti pemerintah sememangnya akan menyokong orang yang dicalonkan parti tersebut bagi jawatan Perdana Menteri.
Apapun, tindakan Anwar meletakkan sebarang ‘keputusan’ kepada Majlis Presiden membuktikan bahawa tidak pernah ada perjanjian peralihan kuasa sebelum ini yang memerlukan Mahathir letak jawatan dalam tempoh masa spesifik.
Semalam, saya menegaskan bahawa tidak pernah wujud perjanjian peralihan kuasa yang ditandatangani pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, cuma ‘konsensus’ bahawa Mahathir akan letak jawatan sebelum penggal penuh parlimen ke-15 tamat.
BACA JUGA:
Loading...
Untuk makluman, konsensus tersebut tidak pernah menetapkan agar Mahathir perlu mencadangkan nama Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong ataupun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam dalam satu tempoh masa yang spesifik.
Ini bermakna persetujuan Mahathir agar Anwar dijadikan Perdana Menteri ke-8 hanyalah persetujuan am bagi mematuhi keputusan Majlis Presiden apabila tiba masanya, tidak lebih dari itu.
Hakikatnya, pihak yang akhirnya menentukan pelantikkan Anwar ke jawatan Perdana Menteri bukanlah Majlis Presiden PH, tetapi Yang di-Pertuan Agong, berdasarkan kelayakkan Anwar pada ketika itu.
Anwar perlu akur, bahawa kelayakkan beliau akan bersandar sepenuhnya kepada sokongan parlimen dan orang yang difikirkan Agong benar-benar meraih sokongan majoriti, bukannya konsensus Majlis Presiden PH.
Ini bermakna, sekiranya Agong yakin bahawa Dato’ Seri Azmin Ali mampu meraih sokongan majoriti ahli parlimen, Baginda berhak melantik Azmin sebagai Perdana Menteri ke-8 walau apapun konsensus yang dicapai oleh Majlis Presiden PH.
Saya cabar Anwar untuk sangkal dakwaan ini.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
