TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Raggie Jessy Rithaudeen
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera dedahkan nama ahli-ahli parlimen dari PKR yang becadang mengkhianati pembangkang dan menyertai kerajaan gandingan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional.
Anwar turut perlu mengaku bahawa pengkhianatan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan hampir kesemuanya melibatkan PKR.
PPBM tidak harus dilibatkan dalam mana-mana perbincangan mengenai “pengkhianatan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan” atau blok pembangkang kerana parti itu kini merupakan parti komponen blok kerajaan, bukannya Pakatan Harapan.
Perlu diingatkan, lebih 10 ahli parlimen dari PKR terlibat secara langsung bersama Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Langkah Sheraton.
Tanpa pengkhianatan kumpulan ini, rancangan Muhyiddin untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bersama puak kleptokrat dari UMNO sudah pasti tidak berjaya.
Justeru, Anwar perlu memberi alasan kukuh mengapa beliau harus dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri sedangkan beliau ditolak bulat-bulat oleh ahli-ahli partinya sendiri yang akhirnya bersekutu dengan PPBM untuk sabotaj PH.
Anwar turut perlu jelaskan kegagalan beliau mengumpul Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi bagi menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri biarpun mencuba berulang kali.
Rakyat turut ingin tahu bagaimana PKR boleh kalah begitu teruk di Pilihan Raya Negeri Sabah sedangkan Anwar membuat sidang media khas untuk memaklumkan sokongan majoriti terhadapnya hanya bebearapa hari sebelum tarikh Pilihan Raya diadakan.
Bukankah ini bukti penolakan rakyat terhadap pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri? Bukankah peningkatan dalam pencapaian WARISAN, yang jelas mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukti penerimaan rakyat terhadap mantan perdana menteri itu?
MUST READ:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
