APAKAH PELUANG PEJUANG? INILAH JAWAPAN SAYA..

“Hidup Tun Dr Mahathir Mohamad, dulu, kini dan selamanya!!”

Raggie Jessy Rithaudeen

اڤاكه ڤلواڠ ڤجوڠ؟ اين اداله ڤنداڤت جوجور ساي..

Inilah kenyataan rasmi saya buat ketika ini:

1. PEJUANG secara otomatik akan memiliki aura kuasa ketiga di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).




2. Ini kerana tidak kira siapa memimpin PEJUANG, semua tertarik dengan aura Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini melekat pada parti itu.

3. Saya sendiri mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan apa jua keputusan yang diambilnya, dan kedudukan saya ini tidak akan berubah sampai bila-bila.

4. Saya nampak dengan jelas bagaimana aura Tun Dr Mahathir Mohamad menyelubungi PEJUANG dan bagaimana ianya bakal mempengaruhi kedudukan PEJUANG

5. Justeru, PEJUANG dijangka akan memenangi 28 hingga 30 kerusi di PRU15 dan dijangka menjadi kingmaker selepas itu (baca juga artikel di hujung bawah berhubung perkara ini).

6. Walabagaimanapun, PEJUANG seharusnya boleh menang 40 kerusi dengan mudah jika aura kuasa ketiga yang dimiliki oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diperkasakan oleh barisan kepimpinan parti itu.

7. Malangnya, saya tidak melihat perkara ini berlaku.

8. Rakyat seharusnya diberikan keyakinan bahawa PEJUANG memiliki aura tersendiri yang “bebas Tun” dan mampu mara ke hadapan tanpa Tun.

Loading...

9. Walaupun saya secara peribadi tahu aura ini mampu dimiliki PEJUANG, ianya gagal ditampilkan.

10. PEJUANG juga masih belum menampilkan status “heavyweight” nya kerana masalah strategi, komunikasi dan dasar yang amat ketara.

11. Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan, pada hemat saya, PEJUANG akan hanya mampu menang di sekitar 28-30 kerusi di PRU15.

12. Sebaliknya, sekiranya PEJUANG mampu berdepan dengan realiti dan memperbaiki kelemahan ini, saya yakin ianya mampu menang sehingga 40 kerusi atau lebih, dengan syarat semua kerusi PPBM dan UMNO dicabar oleh calon PEJUANG, bukannya sekadar 50-60 kerusi sahaja sepertimana yang diumumkan oleh Marzuki Yahya baru-baru ini.

13. Yang pasti, PEJUANG akan tetap tampil sebagai kingmaker selepas PRU15 disebabkan kegagalan PH, PN dan BN melainkan parti itu melakukan kesilapan strategi yang tidak dijangkakan antara sekarang hingga PRU15.

15. Inilah yang saya lihat, dan saya doakan yang terbaik untuk PEJUANG.

16. Saya akan terus memperjuangkan prinsip perjuangan Tun melangkaui PRU15 selagi saya terdaya kerana rakyat Malaysia secara amnya dan umat Islam secara spesifiknya amat memerlukan Tun.

17. Tetapi saya tidak akan bertanding di PRU15, kerana buat ketika ini, saya gagal melihat keperluan untuk saya berbuat demikian.

Akhir kata, HIDUP TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!!

WAJIB BACA:

Penganalisis yang tersilap ramal ‘BN akan menang 160 kerusi di PRU14’ kini ramal PN, BN akan menang 147 kerusi di PRU15

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...