
ءعزمين، هادي اوڠ سقسي ساي، زاهيد ميمڠ باوا فايل برتيمبونء – محي الدين
Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dengan dakwaannya bahawa presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.
Menurut Muhyiddin, beliau memiliki bukti, kerana pada ketika Zahid menemuinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berada di situ dan boleh menjadi saksi beliau sekiranya perlu.
Sebelum ini, TTF mencabar Zahid untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin sekiranya benar dakwaan Muhyiddin berunsur fitnah.
Namun, Zahid hanya sekadar menuduh ‘musuh politiknya’ melemparkan tohmahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor sambil mengajak rakyat “ambil ‘popcorn” dan “tunggu episod seterusnya.”
Tidakkah anda mendapatinya pelik?
Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dengan dakwaannya bahawa presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.
Khamis lalu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menerima kunjungan Zahid hanya beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).
BACA JUGA: ZAHID CAKAP BESAR, TAPI SAMAN TAK BERANI
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).
“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya.
Bagaimanapun, Zahid menyangkal dakwaan ini dan berkata, beliau sanggup melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada dakwaan Muhyiddin.
“Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY (Muhyiddin) ke atas saya.
“Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?,” soal Zahid.
Namun menurut Muhyiddin, beliau memiliki bukti, kerana pada ketika Zahid menemuinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berada di situ dan boleh menjadi saksi beliau sekiranya perlu.
“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.
“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” katanya mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.
Sebelum ini, TTF mencabar Zahid untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhyiddin sekiranya benar dakwaan Muhyiddin berunsur fitnah.
TTF menulis:
Muhyiddin menyatakan sejelas-jelas mungkin bahawa Zahid dan Najib memintanya mencampuri urusan kes mahkamah membabitkan tuduhan jenayah terhadap mereka.
Jika benar dakwaan Muhyiddin palsu, Zahid dan Najib seharusnya memulakan tindakan perundangan terhadapnya, kerana apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin samada didengari atau dibaca oleh berjuta-juta rakyat Malaysia yang kini tertunggu-tunggu reaksi Zahid dan Najib.
Namun, Zahid hanya sekadar menuduh ‘musuh politiknya’ melemparkan tohmahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor sambil mengajak rakyat “ambil ‘popcorn” dan “tunggu episod seterusnya.”
Tidakkah anda mendapatinya pelik?
Apakah ini reaksi seorang pemimpin beragama Islam, yang seharusnya mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan berlakunya perasaan syak atau curiga di kalangan ummah terhadap kepimpinannya?
Jangan cerita babak tindakan perundangan, sekadar menafikan dakwaan Muhyiddin atau menamakan pihak yang kononnya “melemparkan tohmahan” pun Zahid tidak berani.
Malah, sehingga hari ini, banyak kisah rundingan antara Zahid, DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan secara terbuka, termasuk kisah pertemuan mereka bagi membincangkan “Jajaran Politik Baharu” Barisan Nasional bersama Pakatan Harapan.
Semuanya Zahid tidak berani menafikan, termasuk juga surat sokongannya terhadap Anwar yang telah saya bantu dedahkan, yang diutuskan kepada Istana Negara tanpa pengetahuan hampir kesemua ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.
Di manakah surat-surat saman Zahid, atau adakah Zahid akan terus meminta rakyat “ambil lebih banyak ‘popcorn” dan “tunggu episod seterusnya?”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
‘Muhyiddin started the rot, Ismail Sabri is only making things worse’
