Bekas pengerusi AMANAH Pahang masuk PEJUANG

Dalam pemilihan Amanah tahun 2019, Hamzah gagal mendapat undi mencukupi untuk menjadi sebahagian daripada kepimpinan negeri Pahang. Sumber (gambar): Malaysiakini

بكس ڤڠروسي أمانه ڤهڠ ماسوق ڤجوڠ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Semalam, tiga ADUN AMANAH dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) menumumkan penyertaan mereka dalam PKR.

Hari ini pula, bekas pengerusi AMANAH Pahang Hamzah Jaafar diumum sebagai ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi negeri itu. 

Hamzah ialah bekas calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi DUN Dong di pilihan raya umum lalu dan dilantik menjadi pengerusi Amanah negeri sehingga 2019.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad ada memberitahu bahawa Hamzah ditawarkan untuk menyertai PKR dan PEJUANG sebelum ini.


PETALING JAYA: Semalam, tiga ADUN AMANAH dari Johor iaitu Khairuddin A Rahim (Senggarang), Faizul Amri Adnan (Serom) dan Muhamad Said Jonit (Mahkota) menumumkan penyertaan mereka dalam PKR.

Hari ini pula, bekas pengerusi AMANAH Pahang Hamzah Jaafar diumum sebagai ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi negeri itu.




Perkara ini terbongkar apabila setiausaha agung penaja Pejuang Datuk Seri Utama Marzuki Yahya mengumumkan senarai ketua PEJUANG bagi sembilan buah negeri di semananjung.

Negeri-negeri berkenaan ialah Johor, Selangor, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

Hamzah ialah bekas calon Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi DUN Dong di pilihan raya umum lalu dan dilantik menjadi pengerusi Amanah negeri sehingga 2019.

Dalam pemilihan Amanah pada tahun tersebut, Hamzah gagal mendapat undi mencukupi untuk menjadi sebahagian daripada kepimpinan negeri Pahang.

Menurut Malaysiakini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad ada memberitahu bahawa Hamzah ditawarkan untuk menyertai PKR dan PEJUANG sebelum ini.

“Kalau Pejuang belum daftar (sebagai parti), maka membantu Pejuang tiada masalah. Dia bukan jadi ahli,” katanya.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Sandiwara UMNO terbongkar (Pendedahan Penuh)

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...