
Menurut Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Shah Alam, Norismail Sarbini, Jika DAP dan Lim Kit Siang tidak ada masalah akaun bank UMNO dibeku bagi menyiasat kemungkinan berlaku aliran dana 1MDB, tidak ada sebab mengapa akaun DAP tidak dibeku bagi menyiasat kemungkinan berlaku aliran dana dari organisasi keganasan.
“Akaun UMNO baru melibatkan siasatan kes 1MDB, sebuah syarikat, manakala LTTE disahkan sebuah kumpulan pengganas oleh lebih 30 buah negara.
“Ini lebih penting disiasat, Bukit Aman sudahpun mengesahkan berlaku usaha mempromosi dan menghidupkan LTTE di Malaysia,” katanya.
Jumlah penahanan pemimpin DAP setakat ini ialah seramai empat orang, manakala pihak Bukit Aman tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi penahanan lanjut di masa akan datang.
SUBANG JAYA: Jika DAP dan Lim Kit Siang tidak ada masalah akaun bank UMNO dibeku bagi menyiasat kemungkinan berlaku aliran dana 1MDB, tidak ada sebab mengapa akaun DAP tidak dibeku bagi menyiasat kemungkinan berlaku aliran dana dari organisasi keganasan.
Demikian menurut Pengerusi Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Shah Alam, Norismail Sarbini, yang menekankan pentingnya akaun DAP dibekukan bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat aliran dana bagi tujuan mengembangkan pengaruh LTTE di Malaysia.
“Betul, kalau akaun UMNO boleh beku sebab nak siasat aliran dana 1MDB, masakan akaun DAP tidak boleh dibeku.
“Akaun UMNO baru melibatkan siasatan kes 1MDB, sebuah syarikat, manakala LTTE disahkan kumpulan pengganas oleh lebih 30 buah negara.
“Ini lebih penting disiasat, Bukit Aman sudahpun mengesahkan berlaku usaha mempromosi dan menghidupkan LTTE di Malaysia,” katanya.
BACA: LTTE: Freeze DAP bank accounts, investigate possible links to terrorism
Khamis lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan penahanan dua ADUN DAP kerana menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka pada 28 November tahun lalu dan memberikan ucapan berunsur sokongan terhadap kumpulan pengganas terbabit, selain turut mengedarkan risalah berkaitan kumpulan itu.
Dua hari kemudian, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu media bahawa pihak PDRM membunyai bukti kukuh berhubung aktiviti keganasan LTTE di Malaysia.
Ayob turut mengesahkan transaksi kewangan dalam jumlah besar yang disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti, mempromosi, merekrut dan menggerakkan program berkaitan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Jumlah penahanan pemimpin DAP setakat ini ialah seramai empat orang, manakala pihak Bukit Aman tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi penahanan di masa akan datang.
“Bekukan akaun DAP, buat siasatan. Kalau ada bukti penglibatan dengan LTTE, haramkan parti,” tambah Norismail.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
GERAKAN BANGSA NASIONAL
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
