Bocor: Salinan surat Mahathir, empat lagi kepada Raja-Raja Melayu berhubung Darurat

Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Amiruddin Hamzah, Datuk Shahruddin bin Md Salleh dan Senator Datuk Wira Haji Marzuki bin Haji Yahya. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

بوچور: سالينن سورت محضير، امڤت لاڬي كڤد راج-راج ملايو برهوبوڠ ضرورت

Saya ingin membawa kepada perhatian semua kewujudan satu salinan surat yang dikatakan warkah Tun Dr Mahathir Mohamad kepada raja-raja Melayu (di hujung bawah) berhubung kesan buruk pengisyitiharan Darurat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Salinan tersebut bertarikh 25hb Januari 2021 dan ditandatangani oleh Mahathir sendiri dan empat lagi individu, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Amiruddin Hamzah, Datuk Shahruddin bin Md Salleh dan Senator Datuk Wira Haji Marzuki bin Haji Yahya.




Dalam salinan tersebut, kesemua yang dinamakan menyuarakan rasa takut rakyat dengan kuasa mutlak yang diberikan kepada kerajaan dan pengambilan alih harta yang tidak boleh dibantah.

Mereka berkata lebih 30 syarikat telah dibekukan akaun mereka dan semua terbabit tidak ada saluran untuk kemukakan masalah mereka.

“Penggantungan parlimen adalah bertentangan dengan demokrasi. Di negara lain jika Darurat diisytihar, Parlimen tidak digantung.

“Di New Zealand, proklamasi Darurat perlu diluluskan oleh Parlimen,” kata mereka.

Mereka turut menyentuh sidang Parlimen yang diadakan ketika Darurat yang pernah diisytiharkan sebelum ini.

“Dalam Darurat pada 1969 satu sidang khas yang dihadiri oleh semua wakil rakyat dan pemimpin orang ramai diadakan untuk bincang masalah yang dihadapi pada masa itu. Tetapi kali ini tidak.

“Dan kali ini tidak ada badan seperti MAGERAN yang ditubuh untuk menyumbang kepada usaha kerajaan membanteras masalah yang dihadapi.

Loading...

“Segala-galanya di tangan Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan pegawai tertentu sahaja. Ini menghadkan cara menangani wabak Covid-19 ini.”

Saya sedang cuba menghubungi pejabat Mahathir untuk mendapatkan reaksi beliau.

WAJIB BACA:

Anwar minta bekas pegawai penyiasat kes liwat 2 buat kenyataan media palsu (Bahagian Tiga)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...