BUAT TIDAK ENDAH KEHILANGAN MAJORITI, MUHYIDDIN TELAH MENDURHAKAI PERLEMBAGAAN

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera:

1. Semalam, 28.01.2021, dalam WAWANCARA bertajuk “ANTARA POLITIK & UNDANG-UNDANG” ini terbitan baharu JOM CHANNEL, Siri : 12 bertajuk “ANTARA RAJA DAN MAHKAMAH”, antara Solan yang diajukan dalam perbincangan itu adalah berkaitan : Persoalan kehilangan majoriti TS MUHYIDDIN YASSIN sebagai Perdana Menteri sejak 09.01.2021 dan kesannya dari sudut PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.




2. Sebahagaian daripada pandangan saya yang terkandung alam Video WAWANCARA itu telah dipetik oleh media SUARA MERDEKA 28.01.2021 bertajuk “Muhyiddin disifatkan menderhakai Perlembagaan Persekutuan”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah untuk kemudahan para pembaca.

SUARA MERDEKA 28.01.2021 :

Muhyiddin disifatkan menderhakai Perlembagaan Persekutuan

Haniff Khatri

“Secara ringkas, Perdana Menteri (Muhyiddin) memang tidak patuh kepada Perlembagaan.

“Kalau beliau tidak patuh kepada Perlembagaan bermakna beliau tidak mengharmonikannya dan beliau mengkhianati Perlembagaan (Persekutuan). I will go that far.

“Kalau sebenarnya seperti yang kita percayakan dan tahu tidak ada majoriti lebih-lebih lagi pada 12 Januari sudah jadi 109 (jumlah sokongan Ahli Parlimen), maka beliau menderhakai Perlembagaan.

“Muhyiddin kini sedang menderhakai Perlembagaan, sebagai Perdana Menteri tidak meletak jawatan sedangkan beliau tidak mempunyai hak.

“Kalau Muhyiddin letak jawatan, dan jika Agong meminta beliau meneruskan dahulu, itu cerita lain.

Loading...

“Saya tidak akan menyoal perkara tersebut dan rakyat juga tidak berhak menyoal perkara tersebut dari sudut Perlembagaan.

“Tetapi pokok yang pertama sekali, orang yang memegang kerusi itu patut wajib memaklumkan dan melaksanakan tanggungjawabnya. Selagi tidak, selagi itu perlembagaan kita diderhakai setiap saat, setiap minit.”

Oleh demikian, sebelum beliau menghadap Agong pada 11 Januari, beliau sepatutnya tidak lagi boleh menjalankan tugas Perdana Menteri melainkan menasihatkan Agong bahawa sudah kehilangan sokongan.

“Kita berada dalam keadaan di mana, maaf saya hendak cakap tetapi secara jujur kalau saya tak cakap, saya menderhakai kebertanggungjawaban guaman saya.

“Perlembagaan kita dari sudut Perkara 43(4) dicabuli, diperkosai dan diliwat berulang kali sejak 9 Januari 2021.”

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA

WAJIB BACA:

Kenapa Muhyiddin takut PEJUANG?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...