Bukan hanya Tajuddin, Najib sendiri terlibat dalam usaha jatuhkan Zahid tahun lepas atas desakan Rosmah

“Tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Najib pernah memberitahu saya secara peribadi bahawa beliau tidak berminat kembali sebagai Perdana Menteri. Sejurus selepas itu, apabila Rosmah mendapat tahu perkara ini, beliau bertegas bahawa Najib perlu kembali sebagai Perdana Menteri dan presiden UMNO. Najib terus diam”

Raggie Jessy Rithaudeen

بوكن هاڽ تاجو الدين، نجيب سنديري ترليبت دالم اوسها جاتوهكن زاهيد تاهون لڤس اتس دسقن روسمه

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini didakwa terlibat dalam satu gerakan untuk cuba guling presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tahun lalu.

Pergerakan ini dilaporkan oleh Malaysiakini pagi tadi dan pernah dilaporkan oleh saya tahun lepas.




BACA: SEBAB SEBENAR TEAM A (NAJIB) INGIN ZAHID BERUNDUR (PENDEDAHAN)

BACA JUGA: NAJIB DISAHKAN PENYOKONG TEGAR ANWAR

Menurut Malaysiakini, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa, usaha itu menerusi langkah mengumpul tandatangan lebih 80 ketua Umno bahagian untuk menggugat jawatan Zahid.

“[..] Yang paling bodoh ini Tajuddinlah kerana dia pernah buat gerakan ambil tandatangan ketua bahagian untuk jatuhkan presiden (Ahmad Zahid).

“Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi pengarah pilihan raya. Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden,” dakwanya sepertimana yang dilaporkan.

Pada 3hb Oktober 2020, saya menulis:

Tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘melepaskan’ kepada ahli-ahli parlimen UMNO samada ingin menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi dan beberapa pemimpin UMNO.

Menurut Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Zahid perlu kembali “menginsafi” peranannya sebagai seorang ketua parti dan menentukan hala tuju parti agar wakil rakyatnya tidak membuat keputusan mahupun tindakan sesuka hati.

UMNO kini berpecah kepada dua puak utama – Team A dan Team B.

Loading...

Team A diterajui oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Team B yang dahulunya diterajui oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein kini berpecah kepada dua kumpulan yang bersekutu dari segi penentangan mereka terhadap Zahid dan Najib.

Zahid pada asalnya tidak bersama Team A dan cuba berbaik-baik dengan semua atas alasan ingin mencari jalan tengah bagi menyatu-padukan UMNO.

Manakala itu, Najib dan sekutunya dari 2018 lagi mengorak pelbagai langkah untuk memberi tekanan terhadap Zahid atas desakan Datin Seri Rosmah Mansor agar Zahid berundur.

Ini didebabkan Rosmah ingin Najib kembali ke tampuk kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO, di mana perkara ini diberitahu kepada saya oleh Rosmah sendiri secara peribadi.

Walaubagaimanapun, pada penghujung 2018, Najib dan Zahid memasuki satu gencatan politik bagi membolehkan Team A menumpukan sepenuh tenaga terhadap permuafakatan dengan PAS agar Team A kekal relevan dan mampu menangkis tekanan dari Team B yang inginkan Najib dan Zahid berundur.

Zahid turut bersetuju untuk menamakan Najib sebagai “Ketua Umum UMNO” dan “Penasihat Barisan Nasional” serta mencalonkannya bagi jawatan Perdana Menteri selepas parlimen dibubarkan.

Saya difahamkan, Zahid bersetuju berbuat demikian atas keyakinan bahawa Najib akan berundur selepas satu tempoh tertentu bagi memberi laluan kepada Zahid untuk menjawat jawatan Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional kembali berkuasa.

Walaubagaimanapun, melihatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapat Najib bersalah atas tujuh tuduhan jenayah, Zahid dikatakan beransur-ansur hilang keyakinannya terhadap kemampuan Najib kembai sebagai Perdana Menteri.

Begitu juga, kumpulan Najib mula mengesyaki Zahid apabila beliau kerap berurusan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Najib didapati bersalah.

Tindakan syak-mengesyaki ini akhirnya menjurus kepada persefahaman politik melibatkan orang-orang Anwar, Najib dan Zahid, di mana Zahid dan Najib dikatakan bersetuju melepaskan soal pencalonan Perdana Menteri kepada Anwar seandainya Barisan Nasional dan PKR berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Menurut satu versi, orang-orang Najib cuba memasuki satu perjanjian dengan Anwar secara berasingan tetapi akhirnya terpaksa akur bahawa Anwar lebih mempercayai Zahid daripada Najib.

Manakala itu, versi kedua menyatakan bahawa Zahid dan Najib sendiri bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar dan mengerahkan orang-orang mereka untuk mengadakan rundingan dengan presiden PKR itu.

Apa pun, kumpulan penyokong Najib dari Team A tetap mengambil kesempatan dalam pada ini dengan memberi tekanan kepada Zahid untuk melepaskan jawatannya sebagai presiden UMNO dan pengerusi Barisan Nasional.

Ini dibuat bagi memungkinkan Najib kembali sebagai presiden UMNO sebelum Team A menarik sokongannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana Team A mengesyaki Zahid dan Anwar akhirnya akan meminggirkan Najib.

Menurut sumber dalam, kesemua ini dilakukan secara sulit dan begitu teliti agar tidak ada sesiapa mengesyaki (termasuk beberapa orang Najib sendiri) bahawa Najib bersetuju untuk berganding bahu dengan Anwar agar PKR dan Barisan Nasional mampu membentuk kerajaan baharu.

Melihatkan kesungguhan Team A untuk cuba gulingkan Zahid, seorang dua ahli parlimen dari UMNO yang tidak bersekutu dengan Team A atau Team B mengambil kesempatan ini untuk menyokong Zahid secara tidak langsung.

Ini termasuklah Nazri Aziz, yang sememangnya bersekutu dengan Anwar dari dulu lagi dan inginkan Zahid memujuk Barisan Nasional dan PAS untuk bersama PKR dan DAP dalam satu gabungan perpaduan baharu.

Akhirnya, ketegangan antara Zahid dan Najib terlerai apabila kedua-dua mereka memasuki satu lagi gencatan politik untuk bekerjasama ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 bersama Anwar menetang kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

WAJIB BACA:

Sebab sebenar Team A (Najib) ingin Zahid berundur (Pendedahan)

Yes, Anwar may be in discussions with Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...