Bukan saya saja, seluruh dunia sebut Najib penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku, radio dan televisyen – Mahathir

Berikut merupakan penulisan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi blog chedet.cc:


APA PADA NAMA

Mahathir Mohamad

بوكن ساي ساج، سلوروه دنيا سبوت نجيب ڤنجنايه دالم اوچاڤن، توليسن، بوكو، راديو دان تيليۏيشين – محضير

1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya.




2. Demikian di peringkat permulaan UMNO tidak dapat dipisah dari Dato’ Onn Jaafar. Di bawah pimpinan Dato’ Onn rancangan Malayan Union British ditewas.

3. Malangnya Dato’ Onn cuba buka UMNO kepada kaum lain. Ini ditolak dan Dato’ Onn letak jawatan sebagai Yang di-Pertua UMNO.

4. Kemudian Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertua UMNO. Beliau membawa banyak kejayaan termasuk kemerdekaan bagi Malaya dan Malaysia.

5. Pada masa itu apabila Malaysia disebut nama Tunku juga disebut bersama.

6. Kemudian Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan dia amat berjasa kepada negara. Namanya dan pembangunan Malaysia dikait rapat. Apabila disebut Malaysia, nama Tun Razak disebut bersama.

7. Pada masa itu dan sebelumnya nama Najib tidak pernah disebut. Kebaikan dan keburukkannya tidak ada kaitan apa-apa dengan negara.

8. Tetapi apabila Tun Razak meninggal, secara spontan anak sulungnya disebut sebagai penggantinya. Masih tidak ada sesiapa yang mengaitkan Najib dengan negara. Namanya tidak didengar kerap.

Loading...

9. Malangnya Najib pilih jenayah untuk dikait rapat dengan dirinya. Tidak seperti bapaknya, Najib lihat kuasa sebagai peluang untuk memperkayakan dirinya.

10. Demikianlah skala jenayahnya sehingga seluruh dunia mengenali Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya.

11. Saya sebut banyak kali nama Najib dan jenayah yang dilakukan kerana kaitannya rapat dengan kerosakan negara dan kekalahan UMNO.

12. Najib sebaliknya cuba padam kaitannya dengan jenayah dengan mendakwa tidak salah jika pemimpin mencuri. Diberi gelaran pada dirinya sebagai boss, dan tiada siapa perlu malu apabila boss curi.

13. Anggapan perlakuan jenayah tidak memalukan bercanggah dengan nilai hidup masyarakat manusia dan masyarakat Malaysia. Jika tidak disangkal akan rosaklah masyarakat.

14. Sebab itu hujah “tak malu” bila mencuri perlu ditolak untuk mengekal nilai asal yang mulia.

15. Adalah mustahil Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya tidak disebut. Demikian naluri manusia sesuatu itu akan diterima apabila diulangi berkali-kali.

16. Saya bukanlah seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah. Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media. Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbillion yang mahkamah telah sahkan.

17. Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan.

WAJIB TONTON:

PRN Johor: Jika 85 peratus atau lebih keluar mengundi, BN, PH mungkin hadapi kejutan (Analisis Penuh)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...