Curi AS$6 juta: Polis buka kertas siasatan terhadap tiga pegawai SPRM

Terdahulu, tular berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana didakwa mencuri barang kes iaitu wang tunai yang merupakan milik Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul. Sumber (gambar): Fail TTF

چوري اس$6 جوت: ڤوليس بوك كرتس سياستن ترهادڤ تيڬ ڤڬاواي سڤرم

Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya juga sudah meminta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi.

“Saya tidak pernah dengar siasatan dalaman, itu dibuat oleh SPRM, mereka yang umumkan. Polis akan lihat kembali kertas laporan yang diberikan.

“Saya bersetuju kalau ia kes curi, kita akan masukkan dalam kes curi, ini akan kita pastikan secepat mungkin,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja peringkat kementerian di Dewan Rakyat semalam.


KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penahanan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya juga sudah meminta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempercepatkan siasatan kes, selain bersetuju ia diklasifikasi sebagai kes curi.




“PDRM menerima satu laporan berhubung kes itu dan membuka kertas siasatan di bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada.

“Saya tidak pernah dengar siasatan dalaman, itu dibuat oleh SPRM, mereka yang umumkan. Polis akan lihat kembali kertas laporan yang diberikan.

“Saya bersetuju kalau ia kes curi, kita akan masukkan dalam kes curi, ini akan kita pastikan secepat mungkin,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja peringkat kementerian di Dewan Rakyat semalam..

Beliau berkata, tindakan itu membuktikan kerajaan mengekalkan sikap berintegriti dalam mendepani isu kepentingan awam.

Menyentuh keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kewarganegaraan automatik diberi kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara, Hamzah berkata, KDN bercadang membawa perkara itu bagi mendapat dasar baharu kerajaan.

Katanya, ia membabitkan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan ibu melahirkan anak mereka di luar negara walaupun berkahwin dengan warganegara asing.

Loading...

“Pada masa sama, perkara ini perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja selaras Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Katanya, kementerian akan merayu dan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes Suriani Kempe dan enam lagi terhadap kerajaan bagi mengelak menghina mahkamah serta pada masa sama, tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan MyTravelPass (MTP), beliau berkata mekanisme diperkenalkan KDN mulai Oktober tahun lalu berjaya mengekang jangkitan rentas sempadan di Malaysia.

“Ini terbukti apabila hanya 4,769 kes import positif COVID-19 atau 0.22 peratus yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) daripada jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia iaitu 2,127,934 kes.

“Bagaimanapun, kerajaan bersedia membuka semula sempadan negara tertakluk situasi jangkitan COVID-19 serta penilaian KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jabatan Imigresen sedang meneliti semula syarat MyTravelPass yang akan dibentangkan dalam mesyuarat MkN yang akan datang,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Pencalonan Ahmad Maslan timbulkan syak



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...