DAP, Anwar bakal terima kejutan teramat besar. It’s game over.

“Tidak mustahil Mahathir akan secara tiba-tiba melantik Anwar sebagai Menteri Pendidikan sebelum mencantas beliau, juga secara tiba-tiba. Ataupun Mukhriz dilantik ke jawatan tersebut bagi memarahkan lagi DAP. Itulah Mahathir, apa-apa sahaja boleh berlaku. Apa yang pasti, karier politik kedua-dua Anwar dan DAP bakal berakhir dalam masa paling dekat”

Raggie Jessy Rithaudeen

دڤ، انور باكل تريما كجوتن ترامت بسر

Karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majoriti pemimpin dari DAP bakal terkubur, barangkali dalam keadaan paling hina semenjak kedua-dua sepsis politik ini mula bergiat bersama bagi mengaburi mata rakyat, khususnya masyarakat Melayu-Islam.

Jika saudara saudari masih ingat, pada 30hb Oktober 2019, saya memulakan satu siri artikel tiga bahagian, di mana saya membentangkan opsyen-opsyen tertentu yang ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membentuk satu gabungan politik baru bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam.




Sepintas lalu, dalam bahagian pertama (bawah), saya mengemukan 23 dalil yang memperinci sebab sebenar Mahathir bersekongkol dengan DAP sebelum pilihanraya umum ke 14 untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Bahagian Satu: Lahirnya Barisan ‘Baru Nasional’

Bahagian tersebut merungkai isu penahanan beberapa ahli DAP di bawah SOSMA atas tuduhan terlibat dengan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), di mana saya menjelaskan mengapa penahanan tersebut merupakan isyarat oleh Mahathir bahawa“semboyan sudah berbunyi.”

Semboyan yang dimaksudkan merupakan ‘isyarat’ kepada UMNO supaya “membuka mata” dan “lakukan apa yang patut,” memandangkan “apa-apa sahaja boleh berlaku,” termasuklah pembubaran parlimen secara mengejut.

Saya menulis:

21. Tidak ramai yang tahu, tujuan sebenar Mahathir mengarahkan penangkapan ahli-ahli DAP dan PKR bawah SOSMA adalah bagi menunjukkan taringnya kepada semua, termasuk UMNO, sebagai tanda beliau amat berkuasa dan mampu melakukan “apa-apa sahaja tanpa ditentang.”

Loading...

22. Ianya turut merupakan isyarat bagi DAP dan Anwar untuk buktikan mereka benar-benar mempunyai sokongan majoriti di parlimen dengan cuba menyingkirkan Mahathir daripada jawatan Perdana Menteri.

23. Mahathir sebenarnya memberikan satu tempoh masa tertentu bagi Anwar dan DAP untuk buktikan perkara ini, di mana selepas tempoh ‘rahsia’ tersebut, beliau akan bertindak berdasarkan beberapa opsyen yang sedia ada pada dirinya.

Dalam bahagian kedua pula (bawah), saya memperinci salah satu opsyen yang ada pada Mahathir sekiranya DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat buktikan mereka benar-benar mempunyai sokongan majoriti di parlimen atau sekiranya DAP cuba menumbangkan Pakatan Harapan dengan bertindak keluar dari gabungan tersebut.

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Dua): Guan Eng mungkin jadi sasaran Mahathir seterusnya

Saya menjelaskan bagaimana opsyen tersebut mampu menjana satu gelombang kebangkitan baru melibatkan majoriti pengundi Islam dan Cina yang akan berdiri teguh di belakang sebuah gabungan baru pimpinan Mahathir dan Dato’ Seri Azmin Ali.

Dalam senario ini, Mahathir sudah pasti akan meminggirkan sebilangan besar ahli parlimen UMNO melainkan mereka bersetuju dengan beberapa syarat berhubung struktur organisasi kerajaan dan sebagainya.

Saya menulis:

39. Kesemua ini akan disokong oleh sebilangan besar pengundi Cina yang turut muak dengan tingkah-laku DAP tetapi masih tidak ingin menerima MCA, di mana mereka akan teruja dengan kehadiran sepuluh ahli parlimen DAP yang akan duduk bersama Azmin dalam sebuah parti serpihan Barisan Nasional.

40. Dalam senario ini, PAS sudah pasti akan bersama Mahathir, memandangkan segala apa yang berlaku akan memungkinkan penubuhan sebuah “Barisan Baru Nasional” yang mampu meraih majoriti undi dua pertiga dan menjurus kepada terbentuknya sebuah kerajaan perpaduan berteraskan Melayu-Islam buat julung kalinya di Malaysia.

Dalam bahagian ketiga (bawah), saya merungkai opsyen ketiga yang ada pada Mahathir dan bagaimana opsyen ini akan memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menguburkan DAP, PKR dan AMANAH buat selama-lamanya.

Lahirnya Barisan Baru Nasional (Bahagian Tiga): Pengisytiharan darurat, pembubaran parlimen

Saya mengakhiri bahagian tersebut dengan menulis:

43. Sekiranya pihak Polis Diraja Malaysia mempunyai cukup bukti berkenaan kewujudan usaha sulit di kalangan ahli-ahli politik untuk menghidupkan LTTE ataupun membawa masuk mana-mana kumpulan keganasan ke Malaysia, termasuk kumpulan militan dari Indonesia, Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Hamid Bador, bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, boleh mencadangkan kepada Mahathir agar Pengisytiharan Darurat dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

44. Cadangan ini adalah bagi memberikan satu bidang “kuasa yang tidak terhingga” kepada Yang di-Pertuan Agong menurut peruntukan Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan di mana Baginda boleh menggubal undang-undang baru (Ordinan Darurat) yang difikirkan perlu selagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara masih belum bersidang.

45. Pada dasarnya, Ordinan Darurat tidak semestinya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan melainkan dalam hal-hal melibatkan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan Bahasa yang tidak boleh diganggu gugat.

46. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati wujud ancaman kepada keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan, Baginda boleh bertindak atas nasihat Jemaah Menteri (yang diketuai Perdana Menteri) menurut peruntukkan Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan dan mengisytiharkan darurat sebelum bertindak membubarkan parlimen, juga atas nasihat Perdana Menteri.

47. Dalam senario ini, Yang di-Pertuan Agong boleh  melantik Mahathir untuk terus menerajui kerajaan persekutuan sebagai Perdana Menteri “penjaga” buat seketika bagi memberikannya ruang untuk membentuk sebuah kabinet interim, di mana selepas pembentukkan kabinet tersebut, Mahathir boleh ‘menasihatkan’ Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Ordinan-Ordinan Darurat bagi tujuan:

48. membenarkan pihak ketiga yang bukan dari kalangan ahli parlimen (yang akan disiasat) untuk menjawat jawatan Perdana Menteri “penjaga,” di mana pihak ketiga ini hendaklah individu yang faham akan selok belok politik, pentadbiran dan ekonomi negara serta tegas, tekun dan ikhlas melaksanakan tugas-tugas Perdana Menteri sepertimana ianya termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

49. membenarkan pilihanraya umum ditangguh melebihi tempoh enam puluh hari dari tarikh Parlimen dibubarkan agar kerajaan “penjaga” dapat “memperbetulkan dan menjernihkan” pentadbiran persekutuan sepanjang tempoh darurat sambil mambawa mereka yang cuba menimbulkan suasana huru-hara ke muka pengadilan atau mengenakan tindakan yang difikirkan sesuai dan perlu terhadap mereka.

50. Dalam tempoh ini, Perdana Menteri “penjaga” boleh, bersama Yang di-Pertuan Agong, Polis Diraja Malaysia dan RoS, bertindak mengharamkan terus kumpulan-kumpulan politik dan bukan politik yang difikirkan mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan, termasuk DAP, PKR dan AMANAH.

Siri ini sepatutnya berakhir dengan bahagian keempat dan kelima, tetapi saya dengan sengaja berhenti setakat bahagian ketiga untuk memantau beberapa perkembangan dalam UMNO dan juga PKR.

Saya sudahpun berpuas hati dengan apa yang saya lihat dan telah berbincang dengan sebilangan tertentu pemimpin parti-parti politik. Saya turut menerima maklumat sahih berhubung situasi politik terkini melibatkan UMNO, PKR, DAP, AMANAH, Sabah dan Sarawak dan akan membuat pembongkaran-pembongkaran tertentu setakat mana yang perlu.

Justeru, saya akan bersambung dengan bahagian keempat siri ini samada hari ini ataupun esok tanpa menghentikan siri yang saya mulakan dua hari lalu, di mana siri baru ini merangkumi beberapa aspek perjalanan hidup saya mendekati Allah.

Apa yang boleh saya katakan di sini ialah riwayat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebilangan tertentu pemimpin DAP pasti berakhir tidak lama lagi, di mana mereka ini akan tersungkur buat selama-lamanya akibat dari pencaturan politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...