DAP, MCA dan Dong-Jiao Zong dicabar mengharamkan abjad Cina

Menurut FMT, pihak Dong-Ziao Jong tidak bersetuju jika murid-murid diwajibkan belajar Jawi. Saya menolak sekeras-kerasnya penentangan perkumpulan pro-Cina prejudis ini dan tetap akan memperinci perkara ini di satu sidang media pada pukul 5.30 petang hari Jumaat”

Raggie Jessy Rithaudeen

Sebentar tadi, FMT menerbitkan satu laporan berita berkenaan polemik seni khat dan penulisan Jawi yang ditimbulkan ketiga-tiga kumpulan Dong-Ziao Jong, MCA dan DAP (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “perkumpulan pro-Cina prejudis”).




Menurut portal tersebut, pihak Dong-Ziao Jong menyokong rancangan memperkenalkan seni khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut turut menjelaskan bahawa pihak tersebut tidak bersetuju jika murid-murid diwajibkan belajar Jawi.

Saya menolak sekeras-kerasnya penentangan ini memandangkan penulisan jawi sememangnya sebati dengan perkembangan fonetik, nilai, bunyi, pertuturan serta sejarah Bahasa Melayu.

Sebelum ini, saya telahpun menasihatkan perkumpulan ini supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan demi memelihara suasana aman dan harmoni yang menjadi kebangaan masyarakat majmuk di negara ini.

Ini memandangkan penentangan terbuka mereka bukan hanya tidak beradab, ianya tidak masuk akal, bersifat rasis dan dilihat memiliki unsur-unsur Islamophobia.

Tidak ada makna sekiranya pihak Dong-Jiao Zong menyatakan persetujuan berhubung pengenalan seni khat tetapi menolak terus pembelajaran jawi.

Sepertimana yang telah saya jelaskan dahulu, penggunaan abjad Rumiyah (Rumi, atau Latin) dalam penulisan Melayu moden bukannya asli tetapi dibawa oleh orang-orang Portugis apabila menakluki Melaka.

Loading...

Pada ketika itu, masyarakat di rantau ini mahir dalam seni tulisan khat dan jawi yang diperkenalkan kepada mereka di sekitar kurun ke-12 oleh pedagang-pedagang Arab dan India-Muslim yang turut membawa bersama mereka pengaruh agama Islam.

Apabila dijajah kuasa-kuasa Barat, penduduk di Tanah Melayu mula menulis dan mengeja perkataan-perkataan Melayu secara tidak formal menggunakan abjad Rumi sehingga abjad tersebut beransur-ansur digunakan dalam sistem ejaan rasmi.

Ini sebenarnya didorong oleh puak penjajah Portugis dan British yang lebih suka masyarakat tempatan membuat pengubahsuaian menurut acuan mereka daripada perlu mereka belajar seni tulisan khat dan jawi.

Tindakan puak ini menyebabkan ‘jiwa’ dan ‘semangat’ asal yang dibawa menerusi Bahasa Melayu asli dicemari unsur-unsur asing yang kurang dari segi peradaban.

Perkumpulan pro-Cina prejudis tidak boleh menafikan, bahawa ‘jiwa’ dan ‘semangat’ mana-mana masyarakat yang mengamalkan pertuturan dalam mana-mana bahasa terjerap dalam sistem penulisan yang diamalkan oleh masyarakat tersebut.

Sekiranya pelajar-pelajar sekolah diwajibkan mempelajari seni khat dan penulisan Jawi, mereka mampu menjiwai semula semangat masyarakat Melayu-Islam lampau yang pekat dengan nilai peradaban, tatasusila kemanusiaan, integriti dan adat ketimuran yang mampu menyatukan bangsa.

Mereka juga akan lebih mengenali sistem penstrukturan, sebutan, intonasi dan fonetik yang muncul menerusi perkembangan Bahasa Melayu asli dan memahami sebab-sebab ayat-ayat tertentu disebut atau dialun dengan cara-cara tertentu.

Hakikatnya, mana-mana bahasa di dunia, termasuk Bahasa Cina, boleh dipelajari menggunakan sistem ejaan Rumi sekiranya pakar-pakar linguistik menetapkan ejaan-ejaan yang bersesuaian dengan fonetik bahasa yang ditutur.

Pada 4 hb Ogos 2019, saya menulis:

Perkara ini sememangnya pernah dilakukan di India beberapa kurun dahulu, di mana orang-orang British mula mengeja perkataan-perkataan Urdu, Punjabi dan Hindi yang asalnya dieja menggunakan abjad Devanagari dan Pseudo-Arabic dengan abjad Rumi.

Ini menjurus kepada lahirnya satu sistem ejaan baru biarpun pihak pentadbiran sekolah di India pada ketika itu terus menekankan perlunya sistem penulisan Devanagari dan Pseudo-Arabic di peringkat sekolah dan masih lagi berbuat demikian hingga ke hari ini.

Apapun, Kerajaan Malaysia tidak pernah memaksa masyarakat Cina atau India beralih kepada sistem abjad Rumi apabila mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

Justeru, saya tidak nampak mengapa puak Dong Zong, Jiao Zong dan DAP beriya-iya ingin menyekat masyarakat Malaysia daripada mempelajari seni tulisan khat dan jawi yang sememangnya bersangkut-paut dengan sejarah Melayu-Islam dan seni Melayu asli.

Berdasarkan hujah-hujah ini, adalah tidak wajar perkumpulan pro-Cina prejudis ini mendakwa pembelajaran penulisan jawi tidak bersangkut-paut dengan pembelajaran Bahasa Melayu dan tidak akan membantu pelajar memahami Bahasa tersebut dengan lebih mendalam.

Berdasarkan maklumat yang diterima, perkumpulan ini dikhuatiri berniat menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan masyarakat Cina terhadap masyarakat Melayu-Islam atas sebab-sebab politik.

Saya dengan ini mengesyorkan agar pembelajaran tulisan jawi diwajibkan di semua peringkat sekolah dan mencabar perkumpulan ini menyokong usul tersebut sekiranya benar mereka bukan anti-Melayu-Islam dan bersikap objektif.

Sekiranya usul ini ditolak, saya mendesak kerajaan untuk memaksa sekolah-sekolah Cina beralih kepada sistem penulisan abjad Rumi dan mengharamkan terus penggunaan abjad Cina dalam pembelajaran di sekolah vernakular.

Perkumpulan pro-Cina prejudis ini harus faham, bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa rasmi kebangsaan dan harus dipelajari oleh semua pelajar sekolah di Malaysia.

Adalah menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan untuk memperkenalkan sistem penulisan jawi di semua peringkat di sekolah secara beransur-ansur agar maksud, intonasi, bunyi serta jiwa asal Bahasa Melayu dapat dipulihkan sejajar dengan nilai peradaban, tatasusila kemanusiaan, integriti dan adat ketimuran yang harus dimiliki masyarakat Melayu-Islam yang merdeka.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...