Doktor: Awak seperti dirasuk sebelum dibedah (Bahagian Tiga)

Raggie Jessy Rithaudeen

دوكتور: اوق سڤرتي درسوق سبلوم دبده

Dalam bahagian kedua siri ini (bawah), saya menceritakan bagaimana saya mula mendengar bunyi Azan berdengung dalam kepala ku sebaik selepas saya ditikam oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan bagaimana dunia saya kemudian beransur-ansur menjadi malap.

Sebaik ditikam, dalam keadaan berlumuran darah, bunyi Azan mula berdengung di kepala ku (Bahagian Dua)




Saya tidak lagi mampu membezakan antara yang sahih dan yang palsu, yang nyata dan yang ghaib. Saya mula diselubungi perasaan yang teramat indah yang lebih indah dari segala keindahan di alam nyata ini.

Dan pada ketika itulah, dalam keadaan bunyi Azan masih lagi berdengung di kepala ku, saya, yang masih belum lagi bergelar seorang Muslim, tiba-tiba berdoa secara sukarela, (dalam Bahasa Inggeris), dan berkata, “Ya Allah, cabutlah nyawa ku, bawa lah diri ku masuk ke dalam keindahan yang dapat ku rasakan ini.”

Saya kemudiannya rebah betul-betul di tengah jalan raya. Keadaan di situ sunyi – pada kebiasaannya, tidak ada kereta yang akan lalu di perkarangan luar bangunan gym.

Walaubagaimanapun, tiba-tiba, saya terdengar bunyi sebuah kereta menghampiri saya. Bunyi Azan yang berdengung dalam kepala ku itu beransur-ansur berhenti, dan saya sempat menoleh ke arah datangnya bunyi kereta tersebut.

Apa yang saya lihat ialah cahaya lampu dari sebuah kereta yang semakin menghampiri saya. Pada ketika itu, terlintas di kepala saya bahawa mungkin beginilah riwayat hidup saya akan berakhir.

Tetapi kereta tersebut tiba-tiba berhenti.

Loading...

Rupa-rupanya, pemandu kereta tersebut tak lain tak bukan teman wanita saya, seorang berbangsa Punjabi.

Saya dapat tahu kemudian bahawa dia lalu di situ secara kebetulan untuk melihat jika saya telah pulang ke rumah.

Ya saudara saudari, dia tahu benar perangai saya dan tahu bahawa sayalah orang yang paling akhir untuk beredar dari gym.

Dia terkejut melihat saya dalam keadaan berlumuran darah dan terus panik. Entah bagaimana, tiba-tiba, saya dapat rasakan tenaga kekuatan mengalir kembali ke dalam badan saya biarpun saya ditikam dengan teruk.

Dan dalam keadaan darah yang memercik-mercik dari saya, saya terus masuk ke dalam kereta saya dan menghidupkan enjin. Puas teman wanita saya cuba menghalang saya tetapi saya berdegil.

Pada ketika itu, saya mempunyai semangat yang teramat luarbiasa selepas melalui perasaan indah dan ajaib ketika ditikam tadi.

Saya dapat rasakan bahawa belum sampai masanya untuk saya meninggalkan alam nyata ini biarpun saya berdoa untuk nyawa saya dicabut.

Pada ketika itulah saya mula-mula terfikir bahawa Allah mungkin membenarkan saya menikmati keajaiban tersebut bagi membuka pintu hati saya ke hadrat kebesaranNya.

Saya kemudianya terus memandu ke rumah teman wanita saya yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Teman wanita saya pula membawa kereta Peroduanya sendiri dan mengikuti saya dari belakang.

Setibanya kami di rumahnya, ibu teman wanita saya terkejut melihat keadaan saya dan mula membalut luka-luka saya dengan kain yang banyak. Teruk teman wanita saya dimarahinya kerana membenarkan saya memandu.

Dia kemudiannya mengarahkan abang kepada teman wanita saya untuk membawa saya terus ke hospital. Maka bermulalah perjalanan kami bertiga menuju ke Hospital Lam Wah Ee, Pulau Pinang.

Setibanya kami di Lam Wah Ee, pihak hospital terus meminta kami membuat laporan polis di kaunter berkenaan. Saya mula naik berang kerana dapat rasakan nyawa saya boleh tercabut pada bila-bila masa.

Setelah teman wanita saya berdegil ingin berjumpa pakar bedah, pihak hospital menghubungi seorang doctor Cina yang kemudiannya sampai ke hospital dalam masa beberapa minit.

Sebaik doktor tersebut melihat keadaan saya, beliau terkejut dan terus mengarahkan abang kepada teman wanita saya untuk membawa saya ke Hospital Island, Pulau Pinang.

Menurutnya, jika saya tidak dibedah oleh seorang doktor pakar yang tersohor di sana, saya mungkin akan cacat seumur hidup sekalipun pihak hospital berjaya selamatkan saya.

Doktor tersebut kemudian menawarkan servis ambulans, tetapi saya menolak. Beliau kemudian mengarahkan abang kepada teman wanita saya untuk bergegas ke Hospital Island sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Setibinya kami di Hospital Island, kami disambut oleh sekumpulan jururawat yang sudahpun menantikan kedatangan kami. Mereka terus menyiapkan saya untuk dibedah di sebuah teater pembedahan khas bagi kes-kes serius.

Tidak lama kemudian, saya diusung ke bilik pembedahan. Dalam perjalanan ke situ, perasaan indah dan ajaib yang saya ceritakan tadi mula menyelubungi diri saya kembali.

Pada ketika itu, saya sempat bercakap kepada seorang jururawat yang cuba menenangkan saya dengan memegang tangan saya. Saya berkata, “saya ada tugas yang masih belum selesai.”

Biarpun saya tak dapat ingat perjalanan menuju ke teater pembedahan, saya tahu perkara ini kerana jururawat tersebut sendiri menceritakannya kepada saya pada sebelah pagi keesokkan harinya.

Apabila kami tiba di bilik pembedahan, saya mula sedar kembali. Entah mengapa, tiba-tiba, saya mula naik berang seolah-olah berada di bawah pengaruh dadah.

Saya kemudiannya diberitahu bahawa saya menjerit-jerit dan menghina doktor pakar berbangsa Cina yang tersohor itu yang ditugaskan untuk membedah saya.

Saya masih ingat lagi apa yang doktor tersebut ceritakan kepada saya keesokkan harinya.

“Awak seperti dirasuk sebelum dibedah.

“Awak beri amaran kepada saya supaya jangan cuba tidurkan awak untuk pembedahan sebab awak nak lihat.

“Lepas itu awak berkata, jika awak mati, hidup saya tak akan aman.

“Awak suruh saya jangan main-main, you @#$%&*.”

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...