
دراما محضير-نجيب هاڠتكن ڤرن جوهر
Drama dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat telah menghangatkan situasi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia dapat dilihat apabila Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi menghantar surat kedua kepada pengundi Johor yang mana menyentuh soal Najib.
Dalam surat tersebut, Tun Mahathir memberi amaran sekiranya Najib kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah.
Dr Mahathir turut mengakui beliau malu untuk ‘meratib’ nama Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara, namun berbuat demikian bagi memastikan Ahli Parlimen Pekan itu tidak kembali berkuasa.
SHAH ALAM: Drama dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat telah menghangatkan situasi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ia dapat dilihat apabila Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi menghantar surat kedua kepada pengundi Johor yang mana menyentuh soal Najib.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Dalam surat tersebut, Tun Mahathir memberi amaran sekiranya Najib kembali berkuasa, negara akan dikuasai dan ditadbir oleh seorang kleptokrat daripada kluster mahkamah.
BACA JUGA: ZAHID CAKAP BESAR, TAPI SAMAN TAK BERANI
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, Najib masih tidak malu dan sedang berusaha untuk mengembalikan kekuatan politik kerana percaya apabila memegang kuasa politik beliau dapat lepas daripada hukuman.
“Tidak ada dendam peribadi di pihak saya terhadap Najib. Perlu diingatkan ketika skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memuncak, adik Najib, Tan Sri Nazir (Razak) sendiri telah datang menemui saya meminta saya lakukan sesuatu kerana wang berbilion telah hilang dan keadilan belum lagi dicapai terhadap jenayah dilakukan.
“Nazir menulis panjang lebar mengenai skandal 1MDB dan jenayah-jenayah dilakukan abangnya. Tulisan Nazir disebabkan perasaan malu keluarganya begitu bersalah. Banyak lagi ditulis Nazir yang dedahkan skandal Najib ini secara terperinci,” katanya dalam surat tersebut pada Sabtu.
Dr Mahathir turut mengakui beliau malu untuk ‘meratib’ nama Najib yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara, namun berbuat demikian bagi memastikan Ahli Parlimen Pekan itu tidak kembali berkuasa.
Bagaimanapun, Najib menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Ahad, memberikan respons terhadap surat berkenaan dengan turut mendakwa Dr Mahathir selalu memberi tekanan kepada beliau untuk menyokong projek-projek kroni Ahli Parlimen Langkawi itu sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Sumber:
WAJIB BACA:
‘Muhyiddin started the rot, Ismail Sabri is only making things worse’
