Gagasan Tiga berdukacita dengan berita perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong

Raggie Jessy Rithaudeen

AMPANG: Hari ini merupakan hari yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia.

Beberapa jam lalu, satu perutusan dari Istana Negara memaklumkan bahawa Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan, melepaskan jawatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan berita terbitan NST Online, perletakan jawatan tersebut adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Artikel 32(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Sultan Muhammad V merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda memenuhi segala apa tanggungjawab yang diamanatkan kepadanya, biar sebagai Ketua Negara, tiang kestabilan nasional, tunggak keadilan negara mahupun penggerak perpaduan di kalangan rakyat jelata.

Gagasan Tiga (G3) disedihkan dengan berita perletakkan jawatan oleh Baginda dan berharap bahawa pihak Kerajaan Malaysia (GoM) akan mendapatkan penjelasan yang terperinci dari pihak Istana Negara berhubung perkara tersebut.

Perletakkan jawatan oleh Sultan Muhammad V adalah susulan dari khabar angin bahawa Baginda diberikan kata dua oleh Majlis Raja-Raja samada untuk berhenti secara kehormat ataupun disingkirkan secara paksa atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Jumaat lepas, G3 memberitahu akhbar Sinar Harian bahawa khabar angin yang mengatakan Sultan Muhammad bakal diganti mula tular di media sosial kira-kira dua bulan sebelum Baginda bercuti pada 2 November lalu.

Apabila ditanya, G3 menerangkan, bahawa khabar angin tersebut disebarkan tak lain dan tak bukan oleh beberapa orang politik yang bersubahat dengan orang-orang Istana untuk mencucuk jarum kebencian terhadap Sultan Muhammad V.

G3 menambah, tindak-tanduk ahli-ahli politik tersebut telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, terutamanya golongan Melayu-Islam, bahawa GoM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas ingin menjadikan Malaysia sebuah negara republik.

Laman Web The Third Force bakal mengeluarkan satu artikel yang akan menghalusi perkembangan ini sebagai susulan kepada satu artikel yang diterbitkan Jumaat lepas, bertajuk, One state ruler has quietly agreed to Republik Malaysia plan.


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...