Gelombang kedua pengkhianatan dari PKR, Anwar dakwa berlaku ‘pembelian, ugutan’

Anwar perlu memberi alasan kukuh mengapa beliau harus dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri sedangkan beliau ditolak bulat-bulat oleh ahli-ahli partinya sendiri yang akhirnya bersekutu dengan PPBM untuk sabotaj PH. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬلومبڠ كدوا ڤڠخيانتن دري ڤقر، انور دعوا برلاكو ءڤمبلين، اوڬوتنء

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang bergelut untuk ‘membeli dan mengugut’ mana-mana Ahli Parlimen sebelum sidang Parlimen diadakan.

Beliau berkata demikian setelah berlaku insiden pengkhianatan melibatkan ahli parlimen PKR dari Julau (Larry Sng) dan Tebrau (Steven Choon) serta ura-ura akan berlaku lagi pengkhianatan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, beberapa lagi ahli parlimen PKR sedang mempertimbangkan masuk Perikatan Nasional, samada dengan menyertai PPBM atau ‘rakan kongsi’ baharu gabungan itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Ini merupakan gelombang pengkhianatan yang kedua melibatkan ahli-ahli parlimen dari parti pimpinan Anwar. 

Kali pertama, seramai sepuluh ahli parlimen bertindak keluar PKR bersama Datuk Seri Azmin Ali bagi menjayakan Langkah Sheraton yang akhirnya berjaya meruntuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.


PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) bersama Barisan Nasional (BN) ketika ini sedang bergelut untuk ‘membeli dan mengugut’ mana-mana Ahli Parlimen sebelum sidang Parlimen diadakan.

Beliau berkata demikian setelah berlaku insiden pengkhianatan melibatkan ahli parlimen PKR dari Julau (Larry Sng) dan Tebrau (Steven Choon) serta ura-ura akan berlaku lagi pengkhianatan dalam masa terdekat.




Menurut sumber, beberapa lagi ahli parlimen PKR sedang mempertimbangkan masuk Perikatan Nasional, samada dengan menyertai PPBM atau ‘rakan kongsi’ baharu gabungan itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Ini merupakan gelombang pengkhianatan yang kedua melibatkan ahli-ahli parlimen dari parti pimpinan Anwar.

Kali pertama, seramai sepuluh ahli parlimen bertindak keluar PKR bersama Datuk Seri Azmin Ali bagi menjayakan Langkah Sheraton yang akhirnya berjaya meruntuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Menurut Anwar, PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mempunyai keyakinan setelah hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Kerajaan PN perlu undur kerana sudah hilang majoriti. Maka bergelut mereka beli, upah, ugut sedaya upaya mereka untuk mendapat dokongan sebelum boleh difikirkan (sesi) Parlimen bersidang,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya pada Isnin.

Tetapi ini hanyalah alasan.

Hakikatnya, Anwar dari dulu lagi gagal mengawal partinya sendiri dan selalu suka melagakan kepimpinan bawahan sepertimana yang dilakukannya dulu ketika pemilihan jawwatan timbalan presiden parti yang akhirnya dimenangi oleh Datuk Seri Azmin Ali.

Loading...

Tindak tanduknya itu serta kecenderungannya untuk mengisi jawatan teratas dengan kuncu-kuncunya sendiri yang lebih berupa “yes men” menyebabkan PKR hancur berkecai setelah berlaku pergolakkan dalaman yang serius.

Sabtu lalu, saya menulis:

Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera dedahkan nama ahli-ahli parlimen dari PKR yang becadang mengkhianati pembangkang dan menyertai kerajaan gandingan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional.

Anwar turut perlu mengaku bahawa pengkhianatan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan hampir kesemuanya melibatkan PKR.

PPBM tidak harus dilibatkan dalam mana-mana perbincangan mengenai “pengkhianatan ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan” atau blok pembangkang kerana parti itu kini merupakan parti komponen blok kerajaan, bukannya Pakatan Harapan.

Perlu diingatkan, lebih 10 ahli parlimen dari PKR terlibat secara langsung bersama Datuk Seri Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Langkah Sheraton.

Tanpa pengkhianatan kumpulan ini, rancangan Muhyiddin untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bersama puak kleptokrat dari UMNO sudah pasti tidak berjaya.

Justeru, Anwar perlu memberi alasan kukuh mengapa beliau harus dipertimbangkan sebagai calon Perdana Menteri sedangkan beliau ditolak bulat-bulat oleh ahli-ahli partinya sendiri yang akhirnya bersekutu dengan PPBM untuk sabotaj PH.

RJ RITHAUDEEN

WAJIB BACA:

Sandiwara UMNO terbongkar (Pendedahan Penuh)

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...