GPS tolak gandingan dengan Perikatan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak

Berdasarkan Perlembagaan Negeri, PRN12 Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan penggal ke-11 DUN Sarawak ini akan tamat pada 6 Jun nanti. Sumber (gambar): Malaysia Dateline

ڬڤس تولق ڬنديڠن دڠن ڤريكتن ناسيونل باڬي ڤيليهن راي نڬري سراوق

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak rundingan dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana parti komponenan dari Semenanjung tidak sewajarnya bertanding pada PRN Sarawak.

Kenyataan Abdul Karim dipercayai merupakan reaksi kepda kenyataan Pengerusi PPBM Sarawak Senator Jaziri Alkaf A Suffian bahawa Perikatan Nasional akan bekerjasama dengan PBS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Susulan pendirian PBB itu, hajat Pas dan Bersatu meletakkan calon pada PRN12 akan datang tidak menjadi kenyataan walaupun telah beberapa kali sebelum ini Pas Sarawak menyatakan mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dan beberapa kawasan lain majoriti Melayu/Melanau Islam.


PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak rundingan dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana parti komponenan dari Semenanjung tidak sewajarnya bertanding pada PRN Sarawak.




Malah tegasnya, GPS juga tidak berhasrat untuk melebarkan sayap ke Semenanjung dan Sabah walaupun gabungan itu menyokong kepimpinan PN di peringkat persekutuan.

“Kalau boleh parti-parti yang bukan berasal dari Sarawak sama ada yang bersama kita atau tidak, jangan masuk ke Sarawak (bertanding).

“Biarkan parti dari Sarawak yang jaga negeri sama ada Umno, Bersatu, Pas, DAP atau PKR. Mustahil (boleh masuk ke Sarawak). Lihat di negeri-negeri lain sahajalah, tidak perlu datang Sarawak,” katanya.

Kenyataan Abdul Karim dipercayai merupakan reaksi kepda kenyataan Pengerusi PPBM Sarawak Senator Jaziri Alkaf A Suffian bahawa Perikatan Nasional akan bekerjasama dengan PBS bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Susulan pendirian PBB itu, hajat Pas dan Bersatu meletakkan calon pada PRN12 akan datang tidak menjadi kenyataan walaupun telah beberapa kali sebelum ini Pas Sarawak menyatakan mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dan beberapa kawasan lain majoriti Melayu/Melanau Islam.

Berdasarkan Perlembagaan Negeri, PRN12 Sarawak perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, dan penggal ke-11 DUN Sarawak ini akan tamat pada 6 Jun nanti.

Bagaimanapun, sebarang Pilhan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak boleh diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan proklamasi darurat sehingga 1 Ogos depan.

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

APAKAH PELUANG PEJUANG? INILAH JAWAPAN SAYA..

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...