Guru tolak vaksin boleh dikenakan tindakan disiplin – Timbalan Menteri Pendidikan

Setakat hari ini, terdapat kira-kira 2,000 guru di seluruh negara yang masih belum bersedia menerima vaksin Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

ڬورو تولق ۏكسين بوليه دكناكن تيندقن ديسيڤلين – تيمبالن منتري ڤنديديقن

Guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang menolak suntikan vaksin Covid-19 tanpa alasan munasabah diminta tidak menyalahkan kerajaan, sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan II Mohamad Alamin, berkata tindakan itu akan dilaksana pada 1 Nov ini. Katanya, guru sebagai penjawat awam tertakluk kepada peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan mereka mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum tarikh berkenaan.

“Justeru, saya merayu kepada guru-guru berkenaan untuk tampil mendapatkan suntikan sebelum kembali ke sekolah. Jangan salahkan KPM dan kerajaan sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

“Ini bukan hukuman atau amaran tetapi untuk keselamatan pelajar, jangan sampai ibu bapa hilang keyakinan tentang keselamatan anak di sekolah,” katanya.


JEMPOL: Guru di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang menolak suntikan vaksin Covid-19 tanpa alasan munasabah diminta tidak menyalahkan kerajaan, sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan II Mohamad Alamin, berkata tindakan itu akan dilaksana pada 1 Nov ini. Katanya, guru sebagai penjawat awam tertakluk kepada peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan mereka mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum tarikh berkenaan.




Beliau berkata, setakat hari ini, terdapat kira-kira 2,000 guru di seluruh negara yang masih belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

“Justeru, saya merayu kepada guru-guru berkenaan untuk tampil mendapatkan suntikan sebelum kembali ke sekolah. Jangan salahkan KPM dan kerajaan sekiranya tindakan disiplin diambil terhadap mereka.

“Ini bukan hukuman atau amaran tetapi untuk keselamatan pelajar, jangan sampai ibu bapa hilang keyakinan tentang keselamatan anak di sekolah,” katanya.

Mohamad berkata, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meyakinkan masyarakat bahawa sekolah adalah tempat selamat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7, di sini.

Turut hadir Ahli Parlimen Jempol Mohd Salim Mohd Sharif dan Ahli Dewan Undangan Negeri Palong Mustapha Nagoor.

Mohamad juga berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan permasalahan kuarters guru daif terutama dalam aspek kebersihan dan keselamatan untuk memberi keselesaan kepada golongan pendidik yang mendiaminya.

Loading...

“… kita tidak mahu perkara itu terus berlarutan. Pihak PPD perlu segera mengangkat permasalahan yang ada untuk dipertimbang kelulusan di peringkat kementerian,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Bukti hitam putih Najib memfitnah Mahathir isu RCI Forex, laporan polis bakal menyusul

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...