
“Kenyataan Hadi agak pelik memandangkan parti yang diperjuangkannya, PPBM, bukannya parti berteraskan Islam dan kini membenarkan penglibatan secara langsung mereka yang tidak beragama Islam dalam parti itu”
Raggie Jessy Rithaudeen
هادي تق ڤايه تمبيرڠ امة لاڬي، نق چريتا بيارله ڤنوه، برفكتا
Media hari ini melaporkan bahawa PAS menolak sebarang muafakat berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal Muafakat Nasional (MN) yang diasaskan parti itu bersama UMNO dan mengajak semua untuk bersama Perikatan Nasional (PN).
Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya menolak sebarang muafakat tanpa bersatu dan kumpulan yang menunjukkan ketidaksetiaan kepada negara di samping budaya melampau hingga mencabar agama dan bangsa.
“Pas juga menolak politik yang menghabiskan masa dengan bermain politik sampingan dan jalanan yang menyusahkan rakyat, tanpa melihat pada musim bencana alam dan wabak yang masih menular hari ini.
“Kita juga menolak sebarang agenda bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin dan kumpulannya, bukan untuk menyelamatkan negara dan semua rakyat,” dakwa Hadi.
Kenyataan Hadi agak pelik memandangkan parti yang diperjuangkannya, PPBM, bukannya parti berteraskan Islam dan kini membenarkan penglibatan secara langsung mereka yang tidak beragama Islam dalam parti itu.
PPBM turut terlibat secara langsung dengan politik sogokkan jawatan, kuasa dan kedudukan demi mempertahan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terang-terang mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Hadi demi mencapai agenda politik peirbadi masing-masing.
PAS turut terlibat dengan politik tidak tentu hala apabila parti itu merampas kuasa daripada kerajaan negeri Kedah (bawah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir) tidak lama selepas Langkah Sheraton biarpun negara menghadapi ancaman wabak Covid-19.
BACA: UMNO BERGOLAK, AKAN BERLAKU PERGERAKAN BESAR-BESARAN UNTUK TUNTUT EGM, PENGUNDURAN ZAHID, NAJIB
Hadi turut lupa bagaimana PAS memutar belit agama apabila cuba menghalalkan kesalahan menterinya yang jelas melanggar SOP dan bagaimana PAS menyeleweng daripada perjuangan asalnya yang dilaung-laungkan sebelum Langkah Sheraton.
Sebagai contoh, PAS dulu beriya-iya hendak Dong Zhong diharamkan kerana bersifat rasis lampau, tetapi lepas menjadi kerajaan, disokongnya muzakarah bersama perkumpulan itu dengan janji akan menambah sekolah Cina dan memperluaskan yang sedia ada.
PAS turut bermati-matian ingin kegiatan judi dan kilang membuat arak diharamkan, tetapi selepas menjadi kerajaan, cabutan khas nombor ekor ditingkatkan dan kewujudan kilang arak seolah-olah dihalalkan dengan pelbagai dalil.
Islam juga mewajibkan puak pemerintah berlaku adil terhadap semua, tidak kira bangsa dan pegangan agama.
Tetapi pentadbiran pimpinan Perikatan Nasional banyak membawa kekeliruan dan penyiksaan menerusi politik kemaruk darjat, wang, kuasa dan kedudukan yang amat memudaratkan ekonomi negara dan meresahkan rakyat yang makin terhimpit.
Banyak lagi contoh bagi membuktikan perjuangan PAS tidak lagi berpaksi pada perjuangan Agama dan Bangsa sepertimana yang kerap diwar-warkan, tetapi sebaliknya, berkisar di sekitar politik kepentingan, wang, kuasa dan kedudukan.
Tetapi dakwaan Hadi bahawa wjujud agenda bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan peribadi pemimpin amat tepat, kerana kluster mahkamah UMNO sememangnya bersekongkol dengan PAS dan PPBM untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan demi menyelamatkan tengkuk pemimpinnya.
Perkara ini terbukti apabila kluster mahkamah berbincang dengan DAP ke arah pembentukkan gabungan kerjasama Barisan Nasional bersama Pakatan Harapan walaupun DAP dulu digelar “anti-Melayu” dan “anti-Islam” dan sebab utama kerajaan pimpinan Pakatan Harapan perlu dijatuhkan.
WAJIB BACA:
Punishment after punishment after punishment for the already suffering rakyat
