UMNO bergolak, akan berlaku pergerakan besar-besaran untuk tuntut EGM, pengunduran Zahid, Najib

UMNO bakal berpecah terus kika tidak diadakan EGM segera. Sumber (gambar): Fail TTF

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

امنو برڬولق، اكن برلاكو دسقن بسر-بسرن اڬر زاهيد، نجيب بروندور

Desakan dari dalam UMNO agar pemilihan parti diadakan segera untuk mengubah struktur kepimpinan parti dan menyingkirkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semakin meningkat.

Antara yang dicadangkan ialah mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) bagi membawa usul tidak percaya terhadap Zahid dan usul menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penasihat Barisan Nasional.




Dakwaan Zahid kononnya ada ‘broker’ dari parti lawan yang cuba mempengaruhi UMNO merupakan taktik mengalih perhatian semua dari ‘broker-broker’ Najib dan Zahid sendiri yang cuba mendapatkan persetujuan kepimpinan bahagian agar UMNO menerima PKR dan DAP.

NOTA: PENJELASAN PERKARA INI AKAN DIBUAT DI FACEBOOK RAGGIE JESSY RITHAUDEEN SECARA LIVE ANTARA JAM 5-7 PETANG (2HB APRIL 2021, JUMAAT)

Malangnya, percubaan ini gagal sama sekali apabila para perwakilan di menyuarat Agung UMNO menyatakan dengan jelas penolakkan mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP serta perlunya UMNO mengisytharkan perkara ini secara rasmi.

Kini, ramai pemimpin bahagian dan beberapa ahli parlimen UMNO sudah tidak berpuas hati dengan Zahid atas kegagalannya menetapkan tarikh terdekat bagi pengunduran UMNO dari kerajaan dan sedang mempertimbangkan apa yang perlu dilakukan.

Semalam, saya menulis:

Desakan dalaman untuk Zahid meletakkan jawatan dan mengadakan pemilihan UMNO sebenarnya sudah bermula, dan jika desakan itu diketepikan, akan berlaku usaha untuk mengadakan EGM dalam masa terdekat.

Bukankah ini akan meningkatkan risiko pengunduran akar umbi dan memecah-belahkan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15?

Inilah yang Najib lupa ceritakan.

Loading...

Najib dan Zahid sudah pasti akan elak pemilihan UMNO kerana tanpa jawatan, mereka tidak boleh gunakan UMNO sebagai platform untuk cuba memasuki perjanjian dengan sesiapa, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin terdesak untuk menyelamatkan kedudukannya, manakala Zahid dan Najib terdesak untuk menyelamatkan tengkuk mereka.

Masih ada masa untuk mereka berunding, dan seandainya rundingan ini berlaku, UMNO akan rebah terus menerusi pengunduran beramai-ramai akar umbi yang sudah pasti melumpuhkan jentera parti dan menjadikannya kurang berguna buat PPBM.

BACA SEPENUHNYA: PEMILIHAN UMNO: NAJIB LUPA CERITA PENUH, BIAR SAYA TOLONG CERITAKAN…

Dalam artikel berasingan, saya menulis:

Satu-satunya cara Zahid boleh cuba ‘kawal’ kembali UMNO ialah dengan menyeru semua Anggota Parlimen Barisan Nasional berunudr dari kerajaan dengan kadar segera.

Selain daripada lapan menteri dan timbalan menteri, jumlah yang djangka meyahut seruan Zahid sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan sebaik selepas Darurat tamat.

Namun, setelah pengunduran itu berlaku, tumpuan akar umbi sudah pasti akan berkisar di sekitar akan kedudukan Zahid sebagai pengerusi Barisan Nasional.

Ini kerana ramai dalam Barisan Nasional sedar bahawa Zahid tidak layak dipilih sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

Sudah pasti ianya akan menjadi masalah besar bagi Zahid, dan disebabkan itu, beliau tidak berani mendesak pengunduran semua ahli parlimen.

Nampak?

Tidak ada seorang pun menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional yang bersekutu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuruti sebarang perintah Zahid lepas ini kerana mereka tahu bahawa merekalah sebenarnya yang mengawal Barisan Nasional.

Namun, jika Zahid berdiam diri, majoriti akar umbi dan kepimpinan bawahan akan hilang sabar dan mengorak langkah untuk menggulingkan Zahid.

Langkah ini sudahpun bermula…

WAJIB BACA:

‘Tanya menteri UMNO dulu, baru cerita orang lain’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...