
حميد بادور بوات كجوتن، دعوا حمزه زاينوددين ساله ڬونا كدودوكن چمڤورتاڠن اوروسن ڤوليس
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.
Hamid juga membayangkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.
Hamid menegaskan tujuan beliau membuat pendedahan itu bukan kerana kecewa khidmatnya tidak dilanjutkan, tetapi mahu menjelaskan bahawa menteri tidak boleh sebarangan dalam urusan polis.
“Saya mahu jelaskan tanggungjawab menteri selaku pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ada hadnya.”
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, membuat kejutan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, menyalahgunakan kedudukannya untuk campurtangan dalam urusan polis.
Hamid juga membayangkan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari “unsur politik”.
Beliau berkata demikian kepada pemberita yang memintanya mengulas pengakuan Hamzah bahawa suara dalam sebuah rakaman perbualan berkaitan pelantikan pegawai polis atasan.
Hamzah pagi tadi mengumumkan Hamid akan bersara 3 Mei sebagai Ketua Polis Negara dan jawatan itu akan diambil alih oleh timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani.
Petang tadi, Hamid menegaskan menteri tidak boleh campurtangan dalam pengurusan polis dan amalan itu harus dielakkan.
Beliau ada membawa perkara ini ke perhatian Hamzah dan Ketua Setiausaha Negara, katanya.
Hamid menegaskan tujuan beliau membuat pendedahan itu bukan kerana kecewa khidmatnya tidak dilanjutkan, tetapi mahu menjelaskan bahawa menteri tidak boleh sebarangan dalam urusan polis.
“Saya mahu jelaskan tanggungjawab menteri selaku pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ada hadnya.”
Beliau berkata Hamzah sekian lama cuba untuk memperolehi kuasa bagi menentukan penempatan pegawai polis.
Hamid berkata beliau tidak menghadiri mesyuarat SPP yang dijadualkan hari ini kerana “niat di sebalik mesyuarat hari ini tidak betul”.
“Kenapa mereka adakan mesyuarat SPP pada Jumaat? Kenapa bukan seminggu atau dua minggu lebih awal supaya kita boleh bincang untuk buat penambahbaikan?”
READ ALSO: SERANGAN KAMARUL YUSOFF TERHADAP STEVEN SIM TIADA ASAS, MELAMPAU, RASIS, BUKAN CARA ISLAM
Hamid mempersoalkan pencapaian Hamzah selaku pengerusi SPP, mendedahkan banyak siasatan salah laku terhadap polis tergantung, dan ahli suruhanjaya itu bertemu hanya untuk “minum kopi”.
Beliau berkata SPP bawah teraju Hamzah hanya bermesyuarat empat kali setahun dan bukan setiap bulan.
“Inilah situasinya. Isu tidak diambil serius. Bayangkan jika Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengendalikan urusannya seperti ini.
“Inilah sebabnya kenapa SPP tidak patut dipengerusi oleh seorang menteri. Lebih baik serah kepada seorang hakim atau bekas hakim. Apabila ia disertai menteri, akan ada unsur politik.”
Tengah hari tadi, Hamzah mengakui suara dalam rakaman yang tular di laman sosial, berhubung pelantikan Ketua Polis Negeri, adalah suara beliau.
Beliau berkata perbualannya itu adalah dengan Hamid sendiri, dan mendakwa dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Kita (Hamzah dan Hamid) buat perkara yang betul sebab ia diminta oleh Istana,” katanya.
Antara yang dibualkan dalam rakaman itu mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam polis selain ada menyebut mengenai lantikan seseorang yang berasal dari Ipoh, Perak.
Sumber:
WAJIB BACA:
BANDINGKAN KENYATAAN SAYA DAN NAJIB, NILAI SENDIRI SIAPA BERCAKAP BENAR
