Haniff Khatri: Zuraida mengaku Agong tidak perlu menurut nasihat kabinet dalam semua perkara

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

حنيفف خطري: ذورايدا مڠاكو اڬوڠ تيدق ڤرلو منوروت نصيحت كابينيت دالم سموا ڤركارا

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera:

1. Pada hari ini, MALAYSIAKINI 03.08.2021 dalam Laporan bertajuk “Zuraida: Agong boleh dapatkan penjelasan sebelum keluarkan kenyataan” telah memetik kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Perumahan ZURAIDA KAMARUDDIN sebagai antara lain, berkata:




“Kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu adalah tidak “tidak wajar” (not proper), menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata Yang di-Pertuan Agong, yang perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara, boleh mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

“(Malaysia adalah) raja berperlembagaan di mana (raja) perlu mendapat nasihat kabinet dan perdana menteri tentang apa sahaja.

“Saya sedikit kecewa. Apa saja yang mereka tidak jelas, mereka seharusnya menghubungi Pejabat Perdana Menteri. (Lebih-lebih lagi) perdana menteri (mengadap Agong) sekali seminggu sebelum mesyuarat kabinet,” katanya.

“Jika penasihat undang-undang Agong sangat cermat dalam pentafsiran (undang-undang), dia akan tahu yang walaupun Agong tidak setuju, dalam masa 30 hari ia akan selesai atau memakan masa enam bulan.”

(Laporan penuh Di Ruang Bawah)

2. Secara jujurnya saya mengatakan bahwa dari segi perundangan keperlembagaan ZURAIDA KAMARUDDIN sewajarnya fokus uruskan kerja di Kementeriannya sendiri, untuk tempoh yang ada, daripada mengeluarka kenyataan keperlembagaan dan perundangan yang SALAH; KHILAF, PINCANG dan TIDAK TEPAT berkaitan isu pertembungan antara ISTANA vs PUTRAJAYA yang berbangkit seminggu dua yang lalu, berhubung isu pembatalan ORDINAN DARURAT atas alasan-alasan berikut :

Loading...

a. ZURAIDA KAMARUDDIN sendiri dalam kenyataaanya AKUI bahawa ” … Yang di-Pertuan Agong, yang perlu menurut nasihat kabinet dalam KEBANYAKAN perkara, … ” dan bukannya “Yang di-Pertuan Agong, yang perlu menurut nasihat kabinet dalam SEMUA perkara, … “, maka kuasa berkaitan urusan DARURAT adalah antara perkara yang KeBawah Duli YDP AGONG pada perundangan dan keperlembagaan TIDAK WAJIB menuruti nasihat Kerajaan !,

b. Selain daripada peruntukan bertulis Perlembagaan Persekutuan dalam perundangan keperlembagaan ada konsep KONVENSYEN dan ADAT yang kesemua institut di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Rakyat biasa perlu patuhi, iaitu KeBawah Duli YDP AGONG sebagai KETUA NAEGARA terletak di kedudukan teratas dalam salasilah dan struktur negara, dan dengan itu KONVENSYEN dan ADAT menentukan bahawa kenyataan ZURAIDA KAMARUDDIN bahawa KeBawah Duli YDP AGONG yang kononnya wajar meminta “penjelasan” daripada Kerajaan adalah SALAH dan KHILAF dan berlanggaran konsep KONVENSYEN dan ADAT itu, sedangkan tanggngjawab adalah terletak di tangan Kerajaan untuk memberi penjelasan yang penuh sampai ke tahap dapat meyakinkan KeBawah Duli YDP AGONG dalam mana-mana perkara berkaitan “nasihat” itu, dan bukan sebaliknya !,

c. ZURAIDA KAMARUDIN juga adalah SALAH dan KHILAF dari sudut FAKTA dan RENTETAN PERISTIWA yang terkandung dalam Kenyataan Media Istana Negara dan Warkah Peribadi KeBawah Duli YDP AGONG kepada Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN, masing-masing bertarikh 29.07.2021 kerana jelas di sana bahawa selepas perutusan yang mengandungi DERAF ORDINAN PEMBATALAN telah diterima secara fizikal oleh KeBawah Duli YDP AGONG pada 24.07.2021 maka KeBawah Duli YDP AGONG telah serta merta pada petang yang sama mengeluarkan TITAH kepada Meteri Parlimen dan Undang-Undang TAKIYUDDIN HASSAN dan Peguam Negara TS IDRUS HARUN untuk menghadap Baginda Tuanku secara maya, untuk BERI PENJELASAN berkaitan perkara itu yang dalam hemat KeBawah Duli YDP AGONG, telah memungkiri dan tidak selaras dengan kesemua TITAH Baginda Tuanku yang terdahulu berkaitan perkara itu !,

d. Maka, bercanggahan daripada apa yang cuba diutarakan oleh ZURAIDA KAMARUDDIN, pada hakikatnya KeBawah Duli YDP AGONG sudahpun MENCEMAR DULI dalam minta Kerajaan MEMBERI PENJELASAN, tetapi kenapakah TAKIYUDDIN HASSAN dan IDRUS HARUN telah GAGAL memberi penjelasan yang dapat meyakinkan Baginda Tuanku, sedangkan ianya adalah SALAH dan KHILAF Kerajaan sendiri dalam pemberian penjelasan yang lengkap dan meyakinkan kepada Baginda Tuanku dan kini adalah tanggngjawab untuk kedua-dua mereka, iaitu TAKIYUDDIN HASSAN dan TS IDRUS HARUN untuk JELASAKAN kepada Rakyat berkaitan perkara ini, dan bukannya untuk pihak lain seperti ZURAIDA KAMARUDDIN untuk secara BIADAP cuba menuding jari salah kepada KeBawah Duli YDP AGONG, sebagai KETUA NEGARA, pula !, dan

e. Sebagai nasihat perundangan keperlembagaan percuma kepada ZURAIDA KAMARUDDIN bahagian kenyataannya ” … walaupun Agong tidak setuju, dalam masa 30 hari ia akan selesai … “, TIDAK TERPAKAI langsung perihal ORDINAN DARURAT kerana ianya adalah peruntukan berkaitan bagaimana sesuatu Rang Undang-Undang biasa (dan bukannya ORDINAN DARURAT) menjadi AKTA yang SAH di bawah Perkara 66(4) Perlembagaan Persekutuan, jikapun KeBawah Duli YDP AGONG tidak perkenankan Rang Undang-Undang itu.

3. Rakyat perlu TEGAS dalam perkara ini bahawa Kerajaan tidak boleh sewenag-wenangnya secara DURHAKA dan BIADAB menganggap merka berada di atas institut KETUA NEGARA dalam struktur tadbir urus negara SAMA SEKALAI !!

CUKUP – CUKUP lah diucapkan kepada ZURAIDAH KAMARUDDIN dan kesemua pihak lain, dan jangan Rakyat membuat rumusan dan penetapan betul bahawa bukan sahaja Kerajaan ini telah GAGAL, malah ianya adalah Kerajaan yang DURHAKA dan BIADAB !!

TANPA GUNDAH-GANJARA

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB BACA:

Kerajaan sudah terbubar



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...