‘Ini dah ‘level’ mengarut’

Seramai 11 ahli parlimen dari Barisan Nasional memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertaraf menteri kanan. Sumber (gambar): Fail TTF

‘اين ده ءليۏيلء مڠاروت’

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Rancangan Barisan Nasional menubuhkan satu ‘pasukan khas’ untuk memainkan peranan sebagai “suara semak dan imbang” terhadap kerajaan Perikatan Nasional tidak masuk akal kerana Barisan Nasional sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Persoalannya, bagaimanakah Barisan Nasional mampu menyediakan platform semak dan imbang sedangkan gabungan itu sendiri terlibat secara langsung dalam merangka dan menguatkuasakan dasar dan polisi?

Sebelum ini, Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan akan memutuskan hubungan dengan PPBM apabila parlimen dibubarkan biarpun wujud desakan dari majoriti untuk putuskan hubungan itu dengan serta merta.

Kini, Barisan Nasional dilihat seolah-olah bersedia untuk bersama Perikatan Nasional bagi satu jangka masa panjang apabila merancang penubuhan pasukan semak dan imbang daripada membuat persediaan hadapi Pilihan Raya.

“Ini dah ‘level’ mengarut,” dakwa seorang pemimpin UMNO yang tidak ingin dinamakan.


PETALING JAYA: Rancangan Barisan Nasional menubuhkan satu ‘pasukan khas’ untuk memainkan peranan sebagai “suara semak dan imbang” terhadap kerajaan Perikatan Nasional tidak masuk akal kerana Barisan Nasional sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Menurut Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Shafri Abd Aziz, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat 3 Mac lalu.




“Dewan Tertinggi BN yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu), bersetuju untuk BN terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat,” katanya.

Namun, seramai 11 ahli parlimen dari Barisan Nasional memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertaraf menteri kanan.

Persoalannya, bagaimanakah Barisan Nasional mampu menyediakan platform semak dan imbang sedangkan gabungan itu sendiri terlibat secara langsung dalam merangka dan menguatkuasakan dasar dan polisi?

Sebelum ini, Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan akan memutuskan hubungan dengan PPBM apabila parlimen dibubarkan biarpun wujud desakan dari majoriti untuk putuskan hubungan itu dengan serta merta.

Kini, Barisan Nasional dilihat seolah-olah bersedia untuk bersama Perikatan Nasional bagi satu jangka masa panjang apabila merancang penubuhan pasukan semak dan imbang daripada membuat persediaan hadapi Pilihan Raya.

“Ini dah ‘level’ mengarut,” dakwa seorang pemimpin UMNO Selangor yang tidak ingin dinamakan.

“Kalau dah PRU dekat, buat apa pasukan khas?”

Loading...

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Yes, Anwar may be in discussions with Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...