Raggie Jessy Rithaudeen
اينله سببڽ ساي بوڠكركن ڤروجيك رونديڠن تروس باوه ڤينتادبيران نجيب برنيلاي رم69 بيلياون
Sejak semalam, ramai tertanya-tanya mengapa saya tidak merungkai pendedahan Menteri Kewangan bahawa 101 projek bernilai lebih RM6 bilion dirunding secara terus oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan terdahulu.
Majoriti yang bertanya ini terdiri dari golongan laskar siber (LSI) yang dikerah untuk menyerang semua individu yang dilihat menyokong Parti Pejuang Tanah Air, seolah-olah pendedahan Menteri Kewangan dan serangan ini dikordinasi dan dirancang sempena kempen Pilihan Raya Kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk mendedahkan maklumat lengkap projek-projek rundingan terus bawah zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berlipat ganda nilainya menerusi terbitan berikut (rujuk bawah):
PART ONE: FIVE DIRECT NEGO PROJECTS WORTH RM69.39 BILLION APPROVED BETWEEN 2015 -2017 [FULL DETAILS]
Saya membuat pendedahan ini kerana:
1. Menteri Kewangan seharusnya lebih telus dan menerbitkan maklumat penuh semua projek yang diluluskan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan terdahulu supaya rakyat dapat melihat sendiri bilangan projek yang rundingannya dimulakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional terdahulu.
2. Dalam isu ini, saya tidak menyokong mana-mana pihak dan hanya berpaksi pada kebenaran.
3. Atas landasan inilah saya melihat kerajaan pimpinan Barisan Nasional amat bermasalah dari segi cara projek-projek diluluskan, di mana perkara ini hanya diketahui selepas ianya didedahkan oleh Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali sendiri selaku Menteri Hal-Ehwal Ekonomi bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
4. Setelah mengkaji dakwaan-dakwaan Daim (berhubung projek ECRL) dan Azmin, saya dapati apa yang mereka dedahkan adalah benar, khususnya babak projek-projek yang dirunding secara terus oleh kerajaan pimpinan Najib dan Zahid.
5. Justeru, jika sesiapa ingin saya merungkai pendedahan terkini Menteri Kewangan berhubung projek yang dirunding secara terus oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, anda juga perlu benarkan saya merungkai projek yang dirunding secara terus oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang berlipat ganda nilainya bagi tempoh yang sama.
6. Umum juga perlu memberi tekanan kepada Menteri Kewangan supaya lebih bertanggungjawab dan menerbitkan maklumat penuh semua projek yang diluluskan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan terdahulu bagi tatapan umum.
7. Kita perlu melihat senarai ini untuk mengenal pasti projek mana yang dirunding secara betul dan yang mana ada unsur-unsur mencurigakan kerana rundingan terus sememangnya dibenarkan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.
8. Apa yang pasti, beberapa projek Barisan Nasional yang disenaraikan oleh saya kini terpalit dalam skandal rasuah dan salah guna kuasa yang sedang dibicarakan di mahkamah persekutuan.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
