Ismail Sabri Perdana Menteri ke-9?

“Muhyiddin dan Zahid didakwa bersetuju agar PPBM dan UMNO digabungkan dalam masa terdekat sebelum Muhyiddin memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri”

Raggie Jessy Rithaudeen

Semalam, saya mendedahkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang mempertimbangkan kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa pengetahuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (rujuk artikel bawah untuk pendedahan penuh).

Zahid considers teaming up with Muhyiddin, Najib & Anwar in the dark




Menurut kerangka kerjasama yang dicadangkan, Zahid bersetuju agar UMNO digabungkan dengan PPBM dalam masa terdekat menerusi sokongan sekutunya dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan empat alhli parlimen dari parti itu, termasuk Tan Sri Annuar Musa.

Tidak lama selepas membuat pendedahan itu, saya diberitahu bahawa Muhyiddin sedang merancang untuk meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri agar jawatan itu dapat diberikan kepada seorang pemimpin UMNO.

Benar atau tidak, versi yang disampaikan kepada saya (bawah) oleh sumber-sumber dalaman secara berasingan sejajar dengan maklumat yang saya terima berhubung pertimbangan-pertimbangan tertentu yang sedang dibuat oleh Zahid.

Ceritanya begini:

Zahid tahu masa depannya tidak terjamin akibat dari tuduhan jenayah yang dihadapinya dan berpendapat bahawa Najib merupakan liabiliti kepada UMNO dan berkemungkinan besar akan masuk penjara.

Justeru, tumpuan Zahid kini adalah kerjasama dengan Muhyiddin dan Anwar agar kerajaan diperkukuhkan dengan atau tanpa sokongan Datuk Seri Azmin Ali dan PAS.

Loading...

Zahid sanggup mengkhianati Najib sekiranya Muhyiddin bersetuju menjadikan sekutunya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, calon Perdana Menteri ke-9.

Kemudian, setelah Belanjawan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan bantuan PKR dan DAP, Zahid berjumpa dengan Muhyiddin dan terkejut apabila mendapat tahu bahawa Muhyiddin sebenarnya bercadang untuk letak jawatan di sekitar bulan Febuari atau Mac tahun depan.

Pada awalnya, sebelum undi belanjawan berlangsung, Zahid menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri daripada Muhyiddin sebagai syarat untuk Barisan Nasional terus menyokong kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Walaubagaimanapun, setelah bertemu dengan Muhyiddin, Zahid mendapat tahu bahawa Muhyiddin merancang dari awal lagi untuk menjadikan Ismail Sabri Timbalan Perdana Menteri, bukannya Azmin Ali.

Perkara ini menggembirakan Zahid, yang tiba-tiba bersetuju agar Muhyiddin diberi kebebasan untuk menentukan siapa dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Ini kerana, Ismail Sabri merupakan sekutu rapat Zahid bersama beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang dilantik oleh Zahid pada awal 2019 untuk melumpuhkan sebarang usaha dari pihak Najib untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Barisan Nasional.

Muhyiddin tidak kisah dengan hubungan akrab Zahid dan Ismail Sabri atau jika Zahid menjadi de facto Prime Minister (Perdana Menteri efektif) seandainya Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin cuma tidak bersetuju untuk menaikkan Zahid buat ketika ini kerana tuduhan jenayah yang dihadapi oleh Zahid yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Biarpun begitu, Muhyiddin dan Zahid bersetuju agar PPBM dan UMNO digabungkan dalam masa terdekat sebelum Muhyiddin memberi laluan kepada Ismail Sabri untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Saya difahamkan bahawa Zahid bercadang untuk mempelawa PKR untuk menyertai Barisan Nasional sekiranya Ismail Sabri diangkat menjadi Perdana Menteri.

Zahid turut berharap untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas parlimen dibubarkan dan dijangka akan melantik Anwar sebagai timbalannya sebelum memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16.

Bagaimana pula dengan Azmin?

Benar atau tidak versi di atas, itu bukanlah persoalan yang harus ditanya, kerana jika anda mengkaji perancangan ini dengan mendalam, Muhyiddin tidak lagi memerlukan Azmin.

Justeru, persoalan yang harus ditanya ialah “penting sangatkah Azmin?”

Ya, penting sangatkah Azmin sehingga Muhyiddin tidak sanggup lakukan terhadapnya apa yang Muhyiddin lakukan dulu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad?

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...