Isu LTAT, Tabung Haji: Laporan polis terhadap Mohamad Sabu, Mujahid

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya baru sahaja dimaklumkan berkenaan satu jemputan media yang dibuat oleh Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN)berhubung satu terbitan yang bertajuk “LTAT, Tabung Haji: Amanah bantu DAP rompak dana milik Melayu-Islam?

Saya difahamkan bahawa GMPN bercadang membuat laporan polis di Dang Wangi esok di mana terbitan tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur menghasut dan fitnah.




Susulan itu, saya akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya pada pukul 3 petang esok, disusuli dengan satu sidang media pada pukul 4 petang.

Laporan yang bakal saya buat adalah terhadap kedua-dua Mohamad Sabu, selaku Menteri Pertahanan, dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berdasarkan kata-kata yang dikeluarkan mereka yang mengelirukan umum, mampu mencetus kerisauan dan mengandungi unsur-unsur yang samada menghasut atau fitnah atau kedua-duanya sekali.

Laporan ini turut akan menerangkan secara terperinci sebab artikel bertajuk “LTAT, Tabung Haji: Amanah bantu DAP rompak dana milik Melayu-Islam” ditulis, sebab saya katakan kenyataan Mohamad dan Mujahid mengandungi unsur-unsur yang samada menghasut atau fitnah atau kedua-duanya sekali dan bagaimana kenyataan Mohamad bercanggah dengan satu pengumuman yang dibuat  Pengerusi LTAT, Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin baru ini.

Saya turut akan memetik satu terbitan portal Berita Malaysiakini betarikh 30hb September 2019, yang berbunyi:

Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dividen dua peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi 2018 berpunca daripada masalah yang berlaku ketika pentadbirannya.

Sebaliknya beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) “malu” untuk menyatakan sebab utama di sebalik kemerosotan pendapatan besar LTAT bagi tahun kewangan 2018.

“Seperti biasa pelbagai alasan diberi, termasuk cubaan untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu.

Loading...

“Tapi apa yang mereka tidak sebut ialah kebanyakkan pelaburan besar LTAT telah mencatat kerugian kerana ekonomi yang semakin merosot selepas PRU ke-14 dan juga pasaran saham negara yang bertukar menjadi paling corot di dunia di bawah PH,” dakwanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Saya juga akan memetik beberapa kenyataan yang dibuat kedua-dua Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, temasuk:

1. Kenyataan Mujahid di Parlimen, di mana pada 26hb Mac 2019, beliau menuduh kerajaan Barisan Nasional terdahulu “buat tahi” dalam mengendalikan kewangan Tabung Haji.

2. Kenyataan Mujahid yang bertarikh 10hb Disember 2018, di mana beliau mendakwa, pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

3. Kenyataan Mohamad Sabu bertarikh 7hb April 2019 di mana beliau mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018 adalah satu pembohongan, dan menambah:

“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong.  Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina. 

“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,”

4. Kenyataan-kenyataan lain yang berkaitan yang jelas ada percanggahan.

Saya akan memantau perkembangan dengan merujuk kepada laporan yang bakal dibuat GMPN pagi esok sebelum memutuskan sekiranya laporan saya turut akan ditujukan kepada NGO tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada saya, RJ Rithaudeen, menerusi nombor telefon berikut:

+6016-404 9082

Saya mengalu-alukan kehadiran wakil media serta blogger-blogger untuk membuat liputan langsung sidang media tersebut dan amat mengharapkan kehadiran dan sokongan kumpulan-kumpulan pejuang yang ikhlas mempertahankan kebenaran dan kedaulatan undang-undang.

Sekian

Yang Benar,
RJ Rithaudeen



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...