Isu LTTE: Ada usahasama sulit melibatkan Ramasamy, LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

“Ramasamy janganlah berlagak bongkak dan sombong dengan PDRM. Ingat, PDRM ini polis diraja Malaysia, bukannya polis bapak engkau”

Raggie Jessy Rithaudeen

Baru sebentar tadi, saya terbaca satu liputan berita Free Malaysia Today (FMT) di mana Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dilihat seolah-olah mencabar pihak polis menahannya sambil membuat rujukan kepada penceramah bebas Dr Zakir Naik.

Apa, Ramasamy pikir negara ini bapak dia yang punya ke?




Kenyataan Ramasamy ini dipercayai bersangkut paut dengan penahanan dua ADUN DAP yang dikesan mempromosi, menyokong, menghasut dan mencari dana untuk kumpulan LTTE, iaitu sebuah kumpulan yang bertapak di Sri Lanka yang disahkan oleh lebih 30 negara sebagai kumpulan pengganas dan ekstremis.

Seharusnya, sebagai seorang wakil rakyat berjawatan yang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan Pulau Pinang, Ramasamy mengeluarkan kenyataan yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada rakyat jelata dengan memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini tidak, apabila ditanya berhubung ura-ura beliau mungkin ditahan, beliau terus bersifat angkuh dan sombong sambil merujuk kepada Zakir yang sebelum ini dituduhnya masuk campur hal ehwal politik tempatan.

Pada 20hb September 2019, saya menulis:

Penyertan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy, dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) mengesahkan bahawa beliau masuk campur secara langsung dalam hal-ehwal politik negara asing dan nasib sebuah kumpulan pengganas.

Ini memandangkan jawatankuasa tersebut berpusat di Sri Lanka dan disertai oleh wakil-wakil dari kerajaan Sri Lanka dan Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE), sebuah organisasi politik Sri Lanka yang disahkan lebih 30 negara sebagai kumpulan pengganas.

Penyertaan Ramasamy dalam jawatankuasa tersebut disahkan oleh beliau sendiri.

Loading...

Ironinya, Ramasamy sebelum ini menuduh Dr Zakir Naik campurtangan dalam politik tempatan biarpun bukan warganegara Malaysia.

Malah, Ramasamy turut merupakan ahli DAP, sebuah parti politik yang kerapkali mengungkit label pengganas yang diberian kepada Zakir oleh kerajaan India setiap kali pemimpin-pemimpin parti tersebut mengkritik ataupun melemparkan tohmahan terhadap Zakir.

Kesemua ini merupakan hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh kedua-dua DAP dan Ramasamy.

Saya nak tanya, siapakah sebenarnya manusia bernama Ramasamy ini sehingga kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka teringin sangat beliau masuk campur urusan perdamaian yang terang-terang melibatkan hal-ehwal politik negara asing?

Satu dunia tahu bahawa urusan tersebut tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia, jadi apakah hak Ramasamy sebagai warganegara Malaysia untuk libatkan dirinya dalam hal ehwal politik LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

Apakah Ramasamy melakukannya dalam kapasiti peribadi, atau adakah ini satu usaha sulit melibatkan DAP dan (atau) kerajaan negeri Pulau Pinang bersama kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

Ramasamy janganlah berlagak bongkak dan sombong dengan PDRM. Ingat, PDRM ini polis diraja Malaysia, bukannya polis bapak kau.

Kalau kau sebagai wakil rakyat boleh berlagak begitu sombong dengan polis, bayangkanlah kesannya apabila rakyat jelata mula berlagak bongkak atau menghina pihak yang sememangnya diamanatkan menjaga ketenteraman negara.

Menghina atau mencabar institusi PDRM boleh juga ditafsir sebagai menghina atau mencabar institusi diraja, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan konspirasi kerjasama membabitkan kumpulan pengganas.

Jika disabit kesalahan, ianya boleh ditafsir sebagai pengisytiharan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan boleh menjurus kepada hukuman mati.

Jangan bermain dengan api Ramasamy.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...