ISU LTTE TOMPOK HITAM DALAM SEJARAH DAP, TIDAK MUNGKIN PUDAR

“DAP yang selama ini memarakkan gelombang Islamophobia dan menuduh pemimpin-pemimpin Islam bukan-bukan, termasuk dakwaan kononnya kerjasama UMNO dan PAS akan menggalakkan keganasan, tidak mungkin akan pulih daripada episod ini”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya yakin bahawa insiden melibatkan seorang pelajar Universiti Malaya yang membuat demonstrasi terhadap Naib Canselor semasa majlis konvokesyen baru-baru ini ada hubungkaitnya dengan penangkapan pemimpin-pemimpin DAP yang dikesan menghasut, menyokong, mempromosi dan mencari dana untuk the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Walaupun tiada bukti, saya perhatikan bahawa watak-watak utama DAP, iaitu Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Ramasamy, begitu terdesak mengalihkan perhatian umum daripada dakwaan penglibatan pemimpin-pemimpin parti berkenaan dalam aktiviti keganasan dan percubaan menghidupkan semula LTTE di Malaysia.




Seharusnya, mereka mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana berjaya membanteras aktiviti keganasan dan mengesan pengaliran wang dalam jumlah yang besar ke kumpulan pengganas sebelum membincangkan perkara yang lain.

Malah, Kit Siang yang bermati-matian menentang kerajaan BN sebelum PRU14 atas alasan lesapkan dana berbilion dari 1MDB entah ke mana, seharusnya menjadi manusia pertama mengucapkan tahniah kepada Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay kerana berjaya mengesan aliran dana yang besar melibatkan pemimpin-pemimpin DAP.

Ini tidak, anaknya, Guan Eng, berlagak biadap dan sumbang apabila meminta Ayob “memberi lebih tumpuan terhadap siasatan daripada memutarbelit kenyataan.”

Ramasamy pula tergamak mencabar pihak PDRM menangkapnya dengan nada yang begitu bongkak sekali apabila ditanya berhubung ura-ura beliau mungkin ditahan.

BACA: Isu LTTE: Ada usahasama sulit melibatkan Ramasamy, LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

Saya amat yakin sikap biadap Guan Eng dan Ramasamy ini sekadar ‘wayang kulit’ semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum agar fokus rakyat bertumpu kepada kebiadapan mereka dan bukan “kemungkinan penglibatan DAP dalam LTTE.”

Malah, penumpuan yang diberikan kepada “penangkapan bawah SOSMA” dan tindakan Ramasamy mengungkit nama Zakir Naik tanpa sebab bertujuan menimbulkan kontroversi agar penumpuan terhadap “kemungkinan penglibatan DAP dalam keganasan LTTE” berkurang.

Saya sudahpun mengkaji Buku Harapan dengan teliti bagi menilai semua janji-janji PH sebelum PRU14.

Percayalah, tidak pernah ada tertulis di mana-mana bahawa SOSMA akan dimansuhkan selepas PRU14, cuma ianya akan dikaji semula bagi memperhalusi bahagian-bahagian yang difikirkan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Malah, ketiga-tiga Ramasamy, Kit Siang dan Guan Eng langsung tidak bersuara apabila Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, mencadangkan agar penangkapan dibuat di bawah SOSMA bagi mereka yang terlibat dalam kes pencemaran Sungai Selangor dan penjualan MyKad.

Hakikatnya, mereka hilang hak bersuara sebaik sahaja Ramasamy mengaku terlibat dengan sebuah jawatankuasa di Sri Lanka yang disertai oleh wakil-wakil dari kedua-dua kerajaan Sri Lanka dan LTTE

Pada 20hb September 2019, saya menulis:

Penglibatan Ramasamy dalam Jawatankuasa Hal-Ehwal Perlembagaan LTTE (LTTE Constitutional Affairs Committee) mengesahkan bahawa beliau masuk campur secara langsung dalam hal-ehwal politik negara asing dan nasib sebuah kumpulan pengganas.

Ironinya, Ramasamy sebelum ini menuduh Dr Zakir Naik campurtangan dalam politik tempatan biarpun bukan warganegara Malaysia.

Malah, Ramasamy turut merupakan ahli DAP, sebuah parti politik yang kerapkali mengungkit label pengganas yang d iberikan kepada Zakir oleh kerajaan India setiap kali pemimpin-pemimpin parti tersebut mengkritik ataupun melemparkan tohmahan terhadap Zakir.

Pada 10 hb Oktober 2019 pula, saya bertanya:

Siapakah sebenarnya manusia bernama Ramasamy ini sehingga kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka teringin sangat beliau masuk campur urusan perdamaian yang terang-terang melibatkan hal-ehwal politik negara asing?

Satu dunia tahu bahawa urusan tersebut tiada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia, jadi apakah hak Ramasamy sebagai warganegara Malaysia untuk libatkan dirinya dalam hal ehwal politik LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

Apakah Ramasamy melakukannya dalam kapasiti peribadi, atau adakah ini satu usaha sulit melibatkan DAP dan (atau) kerajaan negeri Pulau Pinang bersama kedua-dua LTTE dan kerajaan Sri Lanka?

Saudara saudari sekalian,

DAP yang selama ini memarakkan gelombang Islamophobia dan menuduh pemimpin-pemimpin Islam bukan-bukan, termasuk dakwaan kononnya kerjasama UMNO dan PAS akan menggalakkan keganasan, tidak mungkin akan pulih daripada episod ini.

Alasan bahawa LTTE dah lama berkubur sama sekali tidak masuk akal, kerana jika benar sudah berkubur, bagaimana pemimpin DAP boleh dikesan menghasut, menyokong, mempromosi dan mencari dana untuk LTTE?

Saya menemui hampir seratus empat puluh muda-mudi berbangsa Cina yang buat kali pertama menyuarakan rasa terkejut mereka dengan isu ini dan menggelar Kit Siang dan Guan Eng sebagai hipokrit.

Ini merupakan tompok hitam yang amat besar dalam sejarah DAP yang tidak mungkin pudar dan akan menghantui pemimpin-pemimpin parti berkenaan untuk berdekad lamanya, percayalah.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...