Isu serangan seksual: Ujian ‘pengesan penipuan’ mengesahkan Yusoff bercakap benar

Yusoff mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang di mana Anwar didakwa telah menyerangnya secara fizikal dan seksual serta cuba meliwatnya secara paksa. Sumber (gambar): TTF

ايسو سراڠن سيكسوال: اوجين ءڤڠسن ڤنيڤوانء مڠسهكن يوسف برچاكڤ بنر

Saya baru menerima maklumat daripada sumber tertentu bahawa ujian poligraf (pengesan penipuan) yang diambil oleh Muhammed Yusoff Rawther mengesahkan bahawa dakwaan beliau terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Saya juga diberitahu bahawa kehadiran Yusoff di rumah Bukit Segambut milik Anwar pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang direkodkan oleh pengawal keselamatan di pintu pagar masuk dan juga disaksikan oleh seorang pembantu rumah.

Pada 17hb Disember 2019, Yusoff telah menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam atas kerelaan dirinya tanpa diminta atau dipaksa oleh pihak polis untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, saya difahamkan bahawa sehingga kini, pelawaan pihak polis untuk Anwar melakukan ujian yang sama ditolak oleh presiden PKR tersebut.


SUBANG JAYA: Saya baru menerima maklumat daripada sumber tertentu bahawa ujian poligraf (pengesan penipuan) yang diambil oleh Muhammed Yusoff Rawther mengesahkan dakwaan beliau terhadap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar.

Menurut sumber tersebut, perkara itu turut terpapar di Facebook ‘Solidariti buat Muhammed Yusoff Rawther’ di mana pihak yang memuat naik maklumat tersebut mengaku “dimaklumkan oleh sumber dalaman dari Bukit Aman”




Saya turut diberitahu bahawa kehadiran Yusoff di rumah Bukit Segambut milik Anwar pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang direkodkan oleh pengawal keselamatan di pintu pagar masuk dan juga disaksikan oleh seorang pembantu rumah.

Pada 12hb Disember 2019, saya menulis:

Yusoff mempunyai cukup bukti untuk menyokong segala dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Saya turut diberitahu bahawa pengawal keselamatan yang mengawal pintu keluar masuk tempat kejadian mempunyai rekod kehadiran Anwar dan Yusoff pada 2hb Oktober 2018, iaitu tarikh dan masa kejadian didakwa berlaku.

Menurut sumber, tindakkan Anwar menjemput Yusoff masuk ke rumahnya (tempat kejadian) dan turun ke perpustakaan disaksikan sendiri oleh seorang pembantu rumah yang berada di situ.

Huraian terperinci kejadian yang dimaksudkan terkandung dalam satu Surat Akuan Bersumpah bertarikh 19hb November 2019.

Dalam akuan bersumpah tersebut, Yusoff mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh pada 2hb Oktober 2018 di sekitar pukul 3 petang di mana Anwar didakwa telah menyerangnya secara fizikal dan seksual serta cuba meliwatnya secara paksa.

Loading...

Menurut Anwar, pada tarikh berkenaan, beliau giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur sebelum kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

Bagaiamanapun, saya telah menyemak jadual program Anwar pada tarikh berkenaan dan mengesahkan bahawa beliau sememangnya berada di Kuala Lumpur pada waktu kejadian dan sempat berjumpa dengan Yusoff (rujuk artikel bawah)

Pada 12hb Disember 2019, sekumpulan anggota polis Bukit Aman telah pergi ke Rumah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut bagi tujuan pengumpulan maklumat.

Lima hari kemudian, Yusoff telah menjalani ujian poligraf di Bukit Aman selama empat jam atas kerelaan dirinya tanpa diminta atau dipaksa oleh pihak polis untuk berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, saya difahamkan bahawa sehingga kini, pelawaan pihak polis untuk Anwar melakukan ujian yang sama ditolak oleh presiden PKR tersebut.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...