Serangan seksual: Polis siasat rumah Anwar, kumpul maklumat

 

Menurut sumber, polis mengambil gambar dan  beberapa butiran di lokasi kejadian Anwar didakwa mencabul bekas pegawai penyelidiknya. Sumber (gambar): TTF

Sebentar tadi, saya dimaklumkan bahawa sekumpulan anggota polis Bukit Aman telah pergi ke Rumah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut bagi tujuan pengumpulan maklumat.

Sebelum itu, di sekitar pukul 3.45 petang, Anwar dipanggil ke Bukit Aman dan diralam percakapannya selama sejam setengah.

Saya diberitahu Anwar kelihatan takut untuk dirakam percakapan dan ditemani seorang peguam yang didakwa banyak mencelah.

Sabtu lalu, Yusoff bertindak membuat laporan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya terhadap Anwar.

Menurut peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.


PETALING JAYA: Sebentar tadi, saya dimaklumkan bahawa sekumpulan anggota polis Bukit Aman telah pergi ke Rumah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut bagi tujuan pengumpulan maklumat.




Menurut sumber, ketika di situ, polis mengambil gambar dan  beberapa butiran di lokasi kejadian Anwar didakwa mencabul bekas pegawai penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.

Sebelum itu, di sekitar pukul 3.45 petang, Anwar dipanggil ke Bukit Aman dan diralam percakapannya selama sejam setengah.

Saya diberitahu Anwar kelihatan takut untuk dirakam percakapan dan ditemani seorang peguam yang didakwa banyak mencelah.

Siasatan dilakukan susulan dakwaan Yusoff bahawa Anwar memperlakukannya secara kasar dan tidak senonoh.

Dakwaan tersebut terkandung dalam satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019 di mana Yusoff turut mendakwa Anwar cuba meliwatnya secara paksa

Apabila ditanya, Anwar menafikan dakwaan tersebut dengan alasan beliau sibuk dengan urusan lain pada tarikh kejadian.

Walaubagaimanapun, menerusi semakan jadual program PRK Anwar di Port Dickson, TTF berjaya membuktikan bahawa masa dan tarikh yang disebutkan Yusoff adalah munasabah kerana ianya memberikan cukup masa untuk beliau bersama dengan Anwar. (rujuk artikel di bawah).

Loading...

Saya difahamkan bahawa Yusoff mempunyai cukup bukti untuk menyokong segala dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

Saya turut diberitahu bahawa pengawal keselamatan yang mengawal pintu keluar masuk tempat kejadian mempunyai rekod kehadiran Anwar dan Yusoff pada 2hb Oktober 2018, iaitu tarikh dan masa kejadian didakwa berlaku.

Menurut sumber, tindakkan Anwar menjemput Yusoff masuk ke rumahnya (tempat kejadian) dan turun ke perpustakaan disaksikan sendiri oleh seorang pembantu rumah yang berada di situ.

Sabtu lalu, Yusoff bertindak membuat laporan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya terhadap Anwar.

Menurut peguam Yusoff, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

RJ RITHAUDEEN



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...