Jerebu: Kuala Lumpur Kepong Bhd mengaku tanah usahasama sawitnya disita kerajaan Indonesia

Syarikat IOI Planations yang bersangkut paut secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, setakat ini menafikan laporan bahawa tanah miliknya disita. Sumber (gambar): NST Online

Syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad hari ini mengesahkan berlaku kebakaran di ladang sawit usahasamanya dengan P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei).

Semalam, TTF melaporkan bahawa Kerajaan Indonesia bertindak menyita tanah milik empat syarikat usahasama sawit Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan.

Syarikat-syarikat terbabit, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat Malaysia, termasuk Sime Indo Agro (milik Sime Darby Plantation) di Kalimantan Barat, Sukses Karya Sawit (milik IOI Corporation) dan Rafi Kamajaya Abadi (milik TDM Bhd).

Majoriti daripada syarikat-syarikat usahasama Malaysia-Indonesia kerap melakukan pembakaran terbuka melibatkan ratusan ribu hektar ladang sawit yang merupakan punca sebenar masalah jerubu yang melanda negara ini.


PETALING JAYA: Syarikat Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad hari ini mengesahkan berlaku kebakaran di ladang sawit usahasamanya dengan P.T. Adei Plantation and Industry (P.T. Adei).

Dalam satu kenyataan, KLK mengesahkan wujudnya tompok panas merangkumi 2.8 hektar ladangnya dan memberi komitmen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia dalam siasatan kebakaran tersebut.

“Pada ketika ini, 4.25 hektar telah disita bagi tujuan siasatan.


“PT Adei akan terus memberi sokongan penuh kepada Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesiadan pihak-pihak berkuasa berkaitan untuk membantu dalam siasatan yang sedang berjalan.

Semalam, TTF melaporkan bahawa Kerajaan Indonesia bertindak menyita tanah milik empat syarikat usahasama sawit Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan.

BACA: Jerebu: Tanah usahasama sawit milik syarikat suami Yeo Bee Yin disita kerajaan Indonesia

Syarikat-syarikat terbabit, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat Malaysia, termasuk Sime Indo Agro (milik Sime Darby Plantation) di Kalimantan Barat, Sukses Karya Sawit (milik IOI Corporation) dan Rafi Kamajaya Abadi (milik TDM Bhd).

Dalam satu laporan berlainan, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengesahkan tanah milik Kuala Lumpur Kepong di Riau turut disita.

Sebelum ini, TTF ada menerbitkan laporan terperinci berhubung pemilikan syarikat-syarikat usahasama sawit di Indonesia oleh syarikat-syarikat Malaysia yang samada diterajui golongan elit UMNO atau kroni-kroni DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Salah satu daripada syarikat yang tanah miliknya didakwa disita, IOI Planations, bersangkut paut secara langsung dengan Dato’ Haji Mohd Khalil dan secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Umum sedia maklum, Yeo pada ketika ini bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng. Lee turut merupakan ahli lembaga pengarah IOI Group.

Sebelum ini, suami Yeo pernah dikaitkan dengan masalah pencemaran di Pasir Gudang yang disyaki pihak tertentu berpunca daripada kilang pemprosesan milik beliau.

Majoriti daripada syarikat-syarikat usahasama Malaysia-Indonesia kerap melakukan pembakaran terbuka melibatkan ratusan ribu hektar ladang sawit yang merupakan punca sebenar masalah jerubu yang melanda negara ini.

THE THIRD FORCE


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...