
ءكالاو دويت ايت حرام، بوات اڤ ساي لاڤور ڤوليس؟ء
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan hari ini wang tunai RM250,000 yang hilang dari kediamannya adalah milik beliau serta ibu bapanya untuk digunakan bagi tujuan mengubah suai rumah baharu mereka.
Menerusi kenyataan media, Syed menambah, sekiranya benar dakwaan bahawa wang itu haram, maka sudah tentulah beliau tidak akan berani membuat laporan polis.
“Wang itu dikeluarkan bagi tujuan pengubahsuaian rumah yang kami miliki bersama dan juga untuk tujuan peribadi,” katanya.
Semalam, Syed mendakwa laporan media yang menyatakan jumlah yang hilang ialah sebanyak RM250,000 wang milik PPBM adalah tidak benar.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan hari ini wang tunai RM250,000 yang hilang dari kediamannya adalah milik beliau serta ibu bapanya untuk digunakan bagi tujuan mengubah suai rumah baharu mereka.
Menerusi kenyataan media, Syed menambah, sekiranya benar dakwaan bahawa wang itu haram, maka sudah tentulah beliau tidak akan berani membuat laporan polis.
“Wang tersebut merupakan wang peribadi milik saya serta ibu bapa. Mereka juga telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang tersebut. (Sebanyak) RM90,000 milik saya, RM50,000 milik ibu saya dan RM70,000 milik ayah saya.
“Majoriti wang itu dikeluarkan bagi tujuan renovasi (pengubahsuaian) rumah yang kami miliki bersama. Selainnya adalah untuk tujuan peribadi,” katanya.
Menurut Syed lagi, ibu bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu.
Semalam, Syed mendakwa laporan media yang menyatakan jumlah yang hilang ialah sebanyak RM250,000 wang milik PPBM adalah tidak benar.
“Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya. Pihak polis dan forensik sudah datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.
“Buat masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai.
“Laporan media bahawa RM250,000 itu merupakan wang BERSATU adalah tidak benar dan anggaran kecurian belum dapat disahkan,” beliau dilaporkan berkata.
Terdahulu, Syed mengutus surat rasmi kepada Sri Pentas dan merujuk kepada siaran media yang TV3 bertarikh 30hb Mac 2020 yang bertajuk, “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq.”
Dalam surat berkenaan, Syed menegaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa siasatan polis adalah berkenaan wang milik PPBM dan meminta TV3 mohon maaf secara terbuka.
THE THIRD FORCE
